Sunday, 15 April 2018

Rumah Kebajikan Sri Sayang

Hari Ketiga
Ahad (1/4/2018)
2.00 petang hingga 5.00 petang
Rumah kebajikan Sri Sayang, Hulu Selangor

Objektif aktiviti ini bertujuan untuk menziarahi Rumah Kebajikan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dan mahasiswi dengan warga orang tua dan beberapa orang kelainan upaya di Rumah Kebajikan Sri Sayang. Objektif aktiviti ini juga berasakan tema Jalinan Masyarakat tahun 2017/2018 iaitu "WE LOVE, WE CARE, WE SHARE, WE ENGAGE". Selain itu, aktiviti ini juga diadakan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam diri mahasiswa dan mahasiswi untuk menjayakan aktiviti ini dengan sempurna. Aktiviti ini juga dapat mendidik pelajar memahami kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan warga tua dan orang kelainan upaya. Ia juga mengajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya untuk menjaga ibu bapa mereka dengan baik pada waktu uzur mereka.

Rumah Kebajikan Sri Sayang

Aktiviti lawatan ke rumah kebajikan ini merupakan aktiviti terakhir sebelum mahasiswa dan mahasiswi bergerak pulang ke Universiti Malaya. Aktiviti ini bermula pada pukul 2.30 petang disebabkan oleh perjalanan yang agak jauh dari Kampung Sentosa. Setelah tiba di Rumah kebajikan Sri Sayang semua pelajar bersalam-salaman dengan semua warga tua dan orang kelainan upaya. Selepas itu, kerusi telah disusun di hadapan ruang halaman Rumh Kebajikan oleh pelajar. Semua warga tua yang boleh berjalan dijemput duduk untuk sesi kenal-kenalan. Selepas sesi kenalan bersama warga tua dan orang kelainan upaya, pelajar telah dipisahkan kepada dua kumpulan untuk aktiviti seterusnya. Iaitu aktiviti memasak dan aktiviti meluangkan masa dan sesi berbual bersama warga di rumah kebajikan itu. Ada juga sebahagian pelajar terlibat dalam membersihkan persekitaran kawasan rumah kebajikan itu.

Ketibaan di Rumah Kebajikan Sri Sayang


Pelajar telah menyusun kerusi untuk sesi kenal-kenalan


Warga tua yang telah menyertai sesi suai kenal-kenalan


Disamping itu, bagi aktiviti meluangkan masa dan sesi berbual bersama warga di rumah kebajikan pelajar dapat mengajar dan menyanyi bersama warga tua. Selain itu, pelajar juga dapat mengajar beberapa 'cheers' yang telah mengembirakan lagi suasana di Rumah Kebajikan.bukan iyu sahaja, ada juga pelajar berbual-bual bersama warga di Rumah Kebajikan itu tentang kisah kehidupan mereka sebelum ini. Beberapa pelajar juga dapat membantu membersihkan kawasan Rumah Kebajikan itu dengan baik.   

Nabila bersama warga tua


Peter dan Edwina bersembang dengan seorang lelaki yang berkelainan upaya


Ziha,Hafiza dan Dahlila bersama seorang warga tua yang peramah


Merashini dan Jemima bersembang dengan atuk ini


Aqilah dan Intan bersembang dengan nenek ini


Pelajar menyanyi dan bersembang dengan nenek ini


Persembahan tarian cina oleh Lynda dan Sim Leng


Beberapa pelajar menyanyi bagi meriahkan suasana


Peter dan Nabila sedang mengemop lantai dengan bersih


Pelajar telah menyapu bilik tidur  


Bagi aktiviti memasak, pelajar telah dibantu oleh seorang pekerja di Rumah Kebajikan  untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka telah memasak bihun goreng dan membancuh teh panas. Tujuan aktiviti ini adalah untuk makan petang bersama warga Rumah Kebajikan itu. Selepas makanan disediakan, pelajar turut terlibat dalam menyuap makanan tersebut kepada orang tua dan orang kelainan upaya yang tidak berkemampuan untuk berjalan.  


Soraya memasak bersama seorang 'Aunty' (pekerja)


Makanan telah dihidangkan kepada semua warga tua dan orang kelainan upaya


Afif menyuap bihun kepada seorang abang yang tidak dapat berjalan


Setelah selesai meluangkan masa bersama warga di rumah kebajikan sri sayang, sesi bergambar telah diadakan sebagai tanda kenangan. Sebelum mengakhiri aktiviti lawatan ini, Penasihat Program Jalinan Masyarakat SPAS, Dr. Rosazlin bt Abdullah telah memberi sijil penghargaan kepada wakil Rumah kebajikan Sri Sayang dan sebaik sahaja itu, semua pelajar bersurai dengan hati yang berat setelah meluangkan masa bersama warga Rumah Kebajikan yang amat dikasihi. Tepat pada pukul 5 petang, mahasiswa dan mahasiswi bersama penasihat SPAS berangkat dari Rumah kebajikan itu. Cuaca juga agak mendung pada waktu semua mahaiswa dan mahasiswi berangkat.


Gambar kenangan bersama warga Rumah Kebajikan Sri Sayang


Penghargaan diberi oleh Penasihat Program Jalinan Masyarakat SPAS, Dr. Rosazlin bt Abdullah 


Refleksi

Merashini
Melalui aktiviti lawatan ke Rumah Kebajikan, saya dapat satu pengalaman yang amat berharga dan mendalam. Saya rasa amat sedih apabila melawat orang-orang tua yang telah dipingirkan oleh anak-anak mereka atau sebab lain. Oleh itu, saya amat berharap agar mereka dapat hidup sihat walafiat sampai akhirnya. Akhir kata, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti aktiviti ini untuk menghormat-hormati jasa mereka.

Jemima
Pada pandangan saya, aktiviti di rumah kebajikan telah mengajar saya erti bersyukur.    Selain itu, saya juga telah mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan orang yang kurang berkemampuan dan juga orang tua.

Robberta
Refleksi yang saya dapat ialah kita haruslah bersatu bagi menjayakan sesuatu program yang telah dirancang. Kita juga haruslah beramah mesra dengan baik terutamanya kapada golongan orang tua yang memerlukan kasih sayang.

Umi Naziera
Melalui lawatan ke Rumah Kebajikan Sri Sayang, saya dapat berinteraksi dengan warga emas dan golongan orang kurang upaya. Ini dapat melahirkan perasaan simpati terhadap mereka serta rasa syukur atas apa yang dimiliki kerana masih ramai lagi yang hidup serba kekurangan. Pada lawatan ini kami telah menyediakan makanan untuk mereka dan apabila melihat mereka suka dan tersenyum menjamu selera, saya berasa amat gembira kena telah membuat mereka bahagia.

Rahina
Daripada aktiviti di rumah kebajikan ini, saya dapat melihat dan rasa kesusahan orang lain. Dalam rumah kebajikan itu merangkumi warga emas, OKU dan anak yatim. Mereka semua kelihatan gembira dengan kehadiran kami di sana. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan dengan mereka antaranya ialah masak dan makan bersama serta berinteraksi dengan warga emas. Selain itu, kami juga melakukan persembahan iaitu menyanyi dan menari kepada mereka. Ada juga pelajar SPAS yang menyuap beberapa orang warga emas dengan penuh kasih sayang, mengurut mereka dan berkongsi cerita dengan mereka. Ramai yang telah tersentuh hati dan berat hati untuk meninggalkan rumah kebajikan Sri Sayang setelah tamat program termasuk saya sendiri. Saya berharap agar kehadiran kami di sana telah memberikan kenangan manis buat mereka.  

Chong Bee Lynda
Saya bersyukur kerana mendapat peluang melawat rumah orang tua untuk Kali pertama. Saya juga memahami pentingnya menjaga ibu bapa Dan orang yang lebih tua Daripada kita , menghormati Dan manghargai jasa mereka.

Joyce Edwina
Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat melawat orang orang tua dan orang kurang upaya di rumah kebajikan sri sayang. Saya berasa gembira kerana dapat menemani mereka dan menghibur mereka. Melihat senyuman pada muka mereka menjadikan hati saya gembira. Tetapi saya pun berasa sedih dan risau terhadap mereka kerana saya tidak tahu apa yang akan menjadi terhadap mereka setelah kami meninggal mereka. Semoga mereka bahagia.

Ng Jia Xin
Saya berbesar hati kami mempunyai peluang untuk melawat rumah kebajikan ini. Saya berpendapat bahawa aktiviti inilah yang memberi pengajaran yang paling besar kepada mahasiswa-mahasiswi. Kita haruslah bersyukur kita dilahirkan dengan tubuh badan dan minda yang sihat. Apabila melihat keadaan warga rumah kebajikan, barulah kami sedar bahawa terdapat golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan kasih sayang dan pertolongan kami. Saya berasa gembira kami dapat membawa kegembiraan kepada mereka walaupun masanya singkat. Selepas ini, ingatlah bahawa kita masih ada ibu bapa dan datuk nenek di rumah yang mesti kita taat.

Nuurdina
Ketika berada di rumah kebajikan, saya berasa bahawa saya perlu menjaga ibu bapa dan mengambil berat tentang atuk nenek saya dengan lebih baik

Nabilah
Aktiviti di rumah kebajikan memberi impak yang besar kepada kami. Cerita cerita yang dikongsi oleh mereka menyentuh perasaan kami sehingga ada yang mengalirkan air mata. Ada diantara mereka yang sakit dan ini menambah rasa pilu di hati kami. Walaubagaimanapun kami tetap berseronok bersama mereka dengan menyanyi dan menari.

Lau Li Hui
Dalam aktiviti menjenguk rumah kebajikan dan anak yatim, saya ditugaskan untuk berinteraksi dengan orang tua. Ada seorang pak cik yang suka dengar lagu Tang Shi Shen jadi saya pun cari lagu itu dan memainkan untuk dia. Saya dapati pusat itu tidak ada TV dan sebarang aktiviti hiburan untuk mereka. Saya rasa sedih jadi saya cuba untuk memeriahkan suasana dengan menari dan menyanyi untuk mereka. Bila nampak mereka yang senyum dengan gembira, saya pun turut rasa gembria untuk mereka. Saya berharap kalau ada peluang lagi, saya akan datang menjenguk mereka lagi dan memainkan lagu untuk mereka.

Anis Farhana
Pada pendapat saya ,  lawatan ke rumah kebajikan telah memberi peluang kepada kami utk meluangkan masa bersama warga emas di rumah tersebut . Kami berasa sgt gembira dpat melihat mereka tersenyum apabila kami menyanyi dan menari utk mereka .

Amirah Soraya
Saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan warga tua dia rumah sri sayang. Saya ditugaskan oleh ketua aktivti untuk memasak, dan saya berasa sangat seronok apabila warga rumah sri sayang menikmati makanan yang kami masak. Selain itu, lawatan ke rumah sri sayang juga membuat saya bersyukur dan lebih menghargai keluarga dan warga tua.

Farah Haini
Pada mulanya saya menjejakkan kaki ke Rumah Kebajikan Sri Sayang ini saya merasa sangat sedih melihat ramai warga-warga tua dan orang kurang upaya di situ. Saya berasa kasihan melihat mereka yang kurang upaya yang tidak boleh berjalan. Tetapi saya berasa sangat gembira dapat bersama-sama dengan mereka, melayan mereka, menghiburkan mereka dengan tarian, nyanyian dan lain-lain lagi. Saya suka melihat gelagat rakan-rakan saya melayan mereka. Saya berharap agar kami dapat mengetahui akan setiap perkembangan mereka setelah kepergian kami dari sana.

Aqilah Hanisah
Melalui aktiviti di rumah kebajikan Sri sayang, saya dapat belajar cara berinteraksi dengan orang yang berlainan etnik, warga emas dan kanak2. Saya belajar untuk lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa.

Liu Chai Li
Ini merupakan kali kedua saya melawat ke rumah orang tua. Ramai rakan saya yang terlihat orang-orang tua yang sakit dan mempunyai masalah pergerakan mempunyai perasaan yang amat sedih. Mereka teringat akan ibu bapa mereka yang berada di rumah. Masih saya ingat lagi semasa saya mempelawa seorang orang tua untuk sama-sama menyaksi persembahan yang dibawa oleh kami, beliau menjawab “usahlah layan saya, saya sudah pun nak mati…” saya berasa amat terkejut dan sedih. Saya juga bersembang dengan mereka untuk mengetahui kegiatan harian mereka di rumah kebajikan. Menurut mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang tertentu kecuali makan dan mandi. Secara tiba-tiba saya teringat akan ibu ayah saya yang berada di rumah. Lawatan ini memberi satu pengajaran penting kepada saya supaya lebih menghargai ibu bapa saya.

Seow Ann Huey
Lawatan ke Rumah Kebajikan Sri Sayang merupakan kali pertama saya melawati rumah kebajikan. Saya berasa amat sedih melihat keadaan orang-orang tua di rumah kebajikan. Saya berasa mereka memerlukan kasih sayang and prihatin yang mencukupi. Oleh itu, saya berasa aktiviti seperti melawati rumah kebajikan haruslah diadakan dari semasa ke semasa. Semua pihak perlu berganding bahu untuk menambah baik taraf kehidupan  setiap lapisan masyarakat termasuklah orang-orang tua. Diharapkan orang-orang tua di rumah kebajikan berasa terhibur dengan kedatangan dan persembahan yang kami adakan.

Norziha
Saya berasa begitu gembira kerana dapat turut serta dalam aktiviti melawat ke rumah orang tua sri sayang.dari lawatan tersebut,saya dapat belajar agar lebih menghargai kedua ibu bapa saya.ini kerana saya dapat merasakan kesedihan yang menyelubungi diri setiap orang tua disitu apabila ditinggalkan anak mereka di rumah itu.saya juga belajar agar mencari lebih banyak masa untuk kedua ibu bapa saya agar mereka sentiasa rasa disayangi dan dikasihi oleh saya.

Hafiza
Hafiza:Rumah kebajikan telah membuat saya rasa gembira kerana dpat menggembirakan hati warga emas di rumah kebajikan tersebut.Sya juga berasa simpati terhadap nasib mereka.Saya berasa amat terharu kerana mereka sanggup melayan kami walaupon masalah pertuturan bahasa melayu yang mereka tidak faham.Saya juga gembira kerana dapt berbakti walaupon sedikit kepada mereka.

Zahira
melawat rumah kebjikan adalah satu aktiviti yang mulia dimana kita mendekatkan diri dengan orang sekeliling. Malah kita jaga dpt mengisi kekosongan hati ibu-ibu dan bapa-bapa yang berada di sana. Ia juga dapat mendidik diri saya untuk mnyayangi dan berbakti kepada ibubapa.

Lee Sim Leng
Saya rasa kami perlu selalu berkunjung rumah kebajikan itu dan bukan hanya pergi sekali sahaja. Semasa kami nak bertolak balik ke UM, satu orang tua berkata jangan pergi dengan awal, saya boleh rasa mereka nak kami tinggal di sana lama sedikit untuk bersembang dan berbual-bual dengan mereka. Dalam rumah itu, mereka kekurangan teman yang sesuai untuk bercakap kerana sesetengah orang yang cacat dan tidak dapat berkongsi pandangan. Tambahan pula, mereka kekurangan hiburan dalam rumah itu ,tiada satu pun TV di sana untuk ditonton. Apa yang mereka lebih perlu ialah prihatin orang lain bukan benda dan wang yang diderma.
Chong Phooi Ni

Intan Noorazleen
Aktiviti yang sangat memupuk rasa rendah diri di dalam kalangan mahasiswa. Saya berasa gembira kerana dapat menghiburkan hati penghuni-penghuni rumah kebajikan ini. Walaupun mereka tidak mengenali kami, namun mereka melayan kami sebaik mungkin. Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama mereka dengan lebih lama kerana kekangan waktu. Saya berharap satu hari nanti kami dapat melawat ke sini lagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK yang menguruskan aktiviti ini kerana telah berjaya melaksanakan tugas ini dengan sempurna.

Dalila
saya berasa bertuah apabila saya dapat melawat rumah kebajikan sri sayang kerana kedatangan kami disambut baik oleh mereka. saya melihat mereka kelihatan gembira dan ceria apabila kami berborak-borak dan menyanyikan lagu untuk mereka.saya berasa seolah-oleh dekat dengan mereka dan memahami situasi yang dialami oleh mereka. mereka juga sangat peramah orangnya dan suka mengukirkan senyuman kepada kami.

Umi Kalsum
Lawatan ke rumah kebajikan sri sayang ini sangat la bagus diadakan dlam program jalinan masyarakat kerana kita dapat memberi pengalaman dan pengajaran kepada diri kita sendiri agar jganlah mengabaikan ibubapa,anak dan saudara kita walaupun mereka kurang upaya atau sakit. Mereka juga memerlukan kasih sayang daripada orang lain. Selain itu, lawatan pelajar spas dpat membantu penjaga  memasak makanan di rumah sri sayang dan menyuap makanan kepada warga sri sayang merupakan perkara yang baik.

Wong Kah Fai
Saya berasa sungguh bersyukur kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang begitu bermakna ini. Saya telah banyak memperoleh hasil daripada aktiviti ini. Kita haruslah sentiasa mengambil berat kepada mereka yang memerlukan. Kita juga harus menghormati dan menyayangi warga golongan tua. Janganlah kita meninggalkan ahli keluarga kita sendiri ke rumah kebajikan, sayangilah warga tua keluarga kita kerana merekalah yang telah banyak mencurah kasih sayang kepada kita agar kita berjaya pada hari ini. Setelah bergaul dengan warga dari rumah kebajikan ini , saya dapat melihat bahawa mereka amat gembira atas pergaulan dengan kita, adanya mereka yang terharu kerana menginati zaman masa mereka kecil dulu dan adanya yang seronok bermain dengan kita. Selain itu, saya berharap agar bukan kita sahaja, golongan belia , tetapi golongan msyarakat lain dapat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini lagi kerana golongan inilah amat memerlukan kasih sayang dan jagaan daripada masyarakat. Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada rakan seperjuangan saya atas kesilapan yang telah saya buat sepanjang aktiviti ini.

Peter
Aktiviti ini amat menyentuhkan hati saya apabila melihat makcik dan pak cil yang tinggal di sini. Selepas bersembang dengan mereka saya dapat tahu bahawa kadang-kadang kehidupan memang tak adil. Saya juga belajar untuk menghargai setiap detik yang saya ada dengan orang kesayangan, kerana kita tidak akan tahu apa akan berlaku selepas itu. Saya berharap agar semua yang di sana dapat hidup dengan bahagia dan mempunyai kekuatan untuk mengatasi kesedihan mereka.

Zakaria
Rumah Kebajikan adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini merupakan kali pertama saya di situ dan saya mempelajari cara mereka bekerja. Saya amat gembira dapat berinteraksi dengan warga emas dan membuatkan hari mereka lebih gembira.

Afif
Saya berasa sangat gembira dapat meluangkan sedikit masa bersama komuniti warga emas dimana saya dapat membantu mereka dan mengisi masa lapang mereka. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang memberi pengajaran moral terhadap saya.

Phooi Ni
Dalam rumah kebajikan itu, saya berasa sedih apabila mengetahui keadaan orang tua dan orang kurang upaya di sana. Saya cuba lakukan yang terbaik untuk menggembirakan mereka. Kami berteman mereka sepanjang masa itu.  Kami berbual-bual dengan mereka dan menyanyi kepada mereka. Saya harap mereka boleh hidup dengan gembira dan sihat.

Saturday, 14 April 2018

Penutupan Majlis Bersama Komuniti Kampung Sentosa

Hari Ketiga
Ahad (1/4/2018)
10 pagi hingga 12 tengah hari
Dewan Balai Raya Kampung Sentosa

Objektif majlis ini bertujuan merasmikan Majlis Penutupan bersama komuniti Kampung Sentosa selepas melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Majlis Penutupan bermula pada pukul 10:15 pagi di Dewan Balai Raya, Kampung Sentosa. Pada pagi itu, tetamu-tetamu yang hadir adalah Pengerusi JKKP Kampung Sentosa, Encik Abd Rahman bin Jamaludin, Pengerusi JKKK Kampung Sentosa, Encik Shahrin bin Abd Mutalib, Ketua UMNO Cawangan Kampung Sentosa, Encik Mahmud bin Karim, Puteri UMNO Cawangan Kampung Sentosa, Cik Norziah binti Abd Rani dan Penasihat Program Jalinan Masyarakat Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS), Dr Rosazlin binti Abdullah. Kelewatan selama 15 minit adalah kerana menunggu ketibaan dif-dif kehormat. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Afif. Kemudian, Jia Xin sebagai Pengarah SPAS dalam ucapannya berterima kasih kepada Ketua Kampung Sentosa, En. Shahrin, ahli-ahli jawatankuasa kampung dan penduduk kampung kerana sudi memberi kerjasama sepanjang tiga hari dua malam kami di sana. Saudari Jia Xin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada 15 keluarga angkat yang terlibat, Dr. Rosazlin sebagai penasihat kami serta kepada rakan-rakan seperjuangan. Menurut beliau lagi, kami telah mencapai matlamat kursus dan beliau juga memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang kursus ini berlangsung. Seterusnya, Dr Rosazlin memberitahu bahawa kursus jalinan masyarakat yang dijalankan ini bukan semata-mata untuk kursus ini, malahan adalah sebagai persediaan bagi kita untuk menghadapi cabaran kelak. Ketua Kampung pula menyeru kami semua agar mengamalkan sifat kepimpinan untuk kebaikan negara Malaysia. Beliau juga menyeru agar menambahbaik apa yang kurang dan mengekalkan apa yang baik. Cik Norziah pula mewakili semua keluarga angkat mengucapkan terima kasih tidak terhingga kerana keluarga angkat telah memberi kasih sayang kepada semua anak angkat tanpa mengira kaum dan agama. Manakala Pengerusi JKKP Kampung Sentosa, Encik Rahman pula mewakili YB Datuk Haji Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan menyatakan kursus Jalinan Masyarakat ini tidak ditutupkan tetapi ditangguhkan sehinggalah kami datang semula ke Kampung Sentosa pada musim buah-buahan kelak. Beliau juga menyeru kami semua agar mengikuti jejak langkah Dr. Rosazlin pada masa akan datang dan sentiasa berbuat baik kepada masyarakat. Majlis diteruskan lagi dengan pemberian hadiah kenang-kenangan daripada anak angkat kepada ibu bapa angkat sebagai tanda terima kasih dan ingatan. Selesai semua ucapan dan acara pemberian hadiah, Dr. Rosazlin memberi plak dan sijil penghargaan kepada ketua kampung, En. Shahrin dan En Rahman sebagai tanda penghargaan. 

Sebelum majlis penutupan bermula



Tetamu-tetamu yang hadir: Cik Norziah, Dr. Rosazlin, Encik Rahman, Encik Mahmud dan Encik Shahrin 

Kanak-kanak juga bergembira dekat majlis penutupan


Majlis bermula selepas Afif mengetuai bacaan doa

Jia Xin mewakili semua mahasiswa SPAS memberi ucapan

Encik Shahrin, ketua kampung Kampung Sentosa memberi ucapan dan merasmikan majlis penutupan 

Dr. Rosazlin memberi plak kepada Encik Rahman sebagai tanda penghargaan

Encik Rahman sangat gembira menerima plaque
Dr. Rosazlin memberi plak dan sijil kepada En. Shahrin, ketua kampung sebagai tanda penghargaan

Sesi fotografi


Refleksi

Chai Li 
Saya berasa amat terharu apabila Pengerusi JKKP En Abd Rahman membuat keputusan untuk tidak merasmikan majlis penutupan program kita sebaliknya merasmikan penangguhan majlis kita. Ia seumpama warga kampung amat berkeberatan bagi kita meninggalkan kampung tersebut. Hubungan yang kita jalin dengan warga kampung bukanlah satu hubungan yang biasa. Nasihat dan kata-kata usaha yang diberi oleh ketua kampung, En. Shakrin, JKKP En Rahman, Dr. Rosazlin, Cik Noraziah akanlah saya ingat dan mempraktikan dalam kehidupan saya.

Ziha
Saya sungguh gembira kerana majlis penangguhan berjalan dengan lancar.saya juga amat teruja kerana penduduk kampung berpuas hati dengan program yang kami jalankan di kampung mereka. Saya juga amat bersyukur apabila ketua kampung mengajak kami untuk hadir semula ke kampung mereka pada masa akan datang.

Aqilah
Aktiviti penutupan yang seharusnya terjadi tetapi di tukar kepada majlis penangguhan membuatkan saya berasa sangat gembira kerana sememangnya saya ingin datang kembali ke kampung sentosa. Belum puas saya mengelilingi kampung dan berinteraksi bersama penduduk kampung

Phooi Ni
Dalam majlis penutupan,  saya rasa gembira kerana aktiviti kami sepanjang tiga hari di kampung Sentosa telah tamat dengan jayanya. Saya juga rasa keberatan kerana sampainya masa perlu berpisah dengan semua orang di Kampung Sentosa dan juga keluarga angkat saya.

Intan
Walaupun penutupan majlis ini telah ditangguhkan oleh penduduk Kampung Sentosa, saya tetap berpuas hati kerana mereka menyatakan bahawa projek jalinan masyarakat yang kami lakukan ini sangat berjaya. Saya juga gembira kerana penduduk kampung sangat aktif dalam menyertai aktiviti yang kami anjurkan termasuklah majlis penutupan ini. Jikalau ada masa terluang, saya pasti akan pergi ke Kampung Sentosa bersama rakan-rakan yang lain.

Robberta
Refleksi yang saya dapat ialah kita haruslah merancang sesuatu perkara dengan baik supaya semuanya berjalan seperti yang dirancang dan diatur. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan sesuatu program juga amat penting kerana lebih banyak tangan, lebih xepatlah sesuatu kerja dapat disiapkan

Jia Xin
Majlis penangguhan ini berjalan lancar. Keluarga angkat hadir untuk memeriahkan lagi suasana. Saya berasa gembira mendapat pujian daripada pelbagai pihak bahawa program Jalinan Masyarakat 2018 berjaya. Walaubagaimanapun, kami masih mempunyai ruang untuk maju lagi. Saya amat menanti-nantikan kedatangan kami ke Kampung Sentosa pada bulan Jun untuk menikmati buah-buahan tempatan yang enak belaka.

Dina
Saya terkejut dengan pengunguman bahawa majlis penutupan ditukar kepada majlis penangguhan. Ketika itu saya sedar bahawa program jalinan masyarakat spas dijalankan dengan jayanya

Farah
Pada hari terakhir dimana majlis penutupan Program Jalinan Masyarakat ini berlangsung, saya berasa sangat sedih kerana ini menandakan akan tamatlah program kami di Kampung Sentosa. Tetapi saya juga berasa amat gembira dan bangga kerana dapat menghabiskan program Jalinan Masyarakat ini hingga ke penghujung. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.

Lynda
Saya berasa sedikit sedih Dan penat , tetapi pada masa yang sama  bersyukur kerana telah menjayakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang jalinan masyarakat di kampung sentosa Dan harap dapat melawat ke kampung pada masa akan datang.

Li Hui
Dalam majlis penutupan, kami membuat sedikit penambah baik iaitu memberi isyarat untuk menamatkan ucapan dalam masa yang tertentu supaya majlis perasmian berakhir pada masa yang ditentukan dalam tentaktif. Cara ini amat berkesan dan majlis berakhir dalam masa yang ditetapkan. Dalam majlis penutupan, saya berasa masa berlalu dengan cepat dan belum sempat lagi saya mengenali nama semua penduduk, sudah tibanya masa untuk kami ucapkan selamat tinggal kepada Kampung Sentosa. Kalau ada peluang lagi, saya akan datang lagi Kampung Sentosa.

Kah Fai
Pertama sekali saya berasa amatlah bersyukur kerana berjayalah program kita jalinan masyarakat di kampung sentosa ini telah berjalan dengan lancar dan berjayanya sepanjang 3 hari ini. Saya amat gembira berinteraksi dengan warga kampung di situ dalam semua akitiviti yang telah dijalankan. Walaupun berlainan kaum, tetapi saya masih dapat bergaul mesra dengan semua warga kampung. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Ahmad yang telah bertungkus lumus berusaha membantu saya dan rakan seperjuangan saya dalam program ini. Selain itu, sedikit rasa berat hati kepada kampung sentosa ini buat hari terakhir ini terutamanya kepada ibu angkat saya, Pn.Maznah yang telah memberi saya kegembiraan serta kenangan manis dan baik buat program jalinan masyarakat ini. Terima kasih kepada warga kampung sentosa menerima kedatangan saya bagi program ini. Saya berasa amatlah bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya dalam menjayakan program ini. Akhir kata, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutamanya rakan seperjuangan saya atas segala kesilapan yang telah saya buat dan menyinggung perasaan sesiapa sepanjang program jalinan masyarakat ini.

Zakaria
Saya mempunyai perasaan campuran terhadap majlis penutupan. Ia termasuk perasaan gembira dan sedih. Saya berasa gembira kerana semua rakan saya berpeluang untuk bertemu dengan keluarga angkat mereka dan semua warga kampung berkumpul bersama di dewan untuk merasmikan majlis penutupan pada pagi itu. Sementara itu, saya berasa sedih kerana kerasmian majlis penutupan bermaksud tamatlah perjalanan saya di kampung sentosa. Walau macam mana pun kami semua terpaksa meninggalkan kampung. Di samping itu, semua ucapan yang diberi sangat menarik dan saya juga amat menghargai hadiah yang diberi oleh ibu angkat saya.

Afif
Saya berasa gembira dan bangga kerana saya dan kawan-kawan saya berjaya jalankan program jalinan masyarakat dengan baiknya dan telah mendapat perhatian YB Mat Nadzari.

Peter
Saya berasa majlis penutupan kami agak lancar. Saya berasa gembira dan sedih pada masa yang sama, gembira kerana projek jalinan masyarakat kami telah berjaya tetapi sedikit sedih kerana perlu meninggalkan Kampung Sentosa. Saya dapat hadiah daripada keluerga angkat dan mengambil gambar dengan mereka. Mak angkat saya juga menjemput saya ke rumah dia semasa Hari Raya nanti.

Dalila
saya rasa gembira apabila mendengar ucapan ketua kampung yang mengatakan program jalinan masyarakat ini telah berjaya. saya juga dapat melihat hubungan kami dengan komuniti kg sentosa semakin erat apabila kami bergelak tawa bersama-sama sewaktu majlis penutup telah berakhir. Saya berharap hubungan ini dapat berkekalan dan terjalin dengan kenangan yang indah

Rahina
Daripada majlis penutupan ini, hubungan erat antara keluarga angkat iaitu penduduk kg sentosa bersama dgn pelajar SPAS telah terjalin. Mereka telah memberikan byk komen positif dan memberi harapan bahawa program ini perlu diadakan lagi. Pelajar SPAS juga kelihatan sgt gembira kerana telah menyumbangkan sesuatu kepada penduduk kg sentosa.

Zahira
Majlis penutupan yg mendapat sambutan. Walaupon yb tidak dapat hadir, namun majlis tetap brjalan dgn lancar. Perpisahan dengan kluarga angkat agak menyedihkan bagi saya. Namun pelawaan dripada jkk kampung utk datang semula ke kg sentosa membuatkan saya rasa terharu kerana penduduk kg menunggu dan menerima kehadiran kita dengan hati terbuka.

Soya
Majlis pembukaan dan penutupan berjalan dengan lancar dan rakan-rakan memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan program tersebut terutamanya daripada biro protokol. Saya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai rakan khusus yang ringan tulang dan saling membantu antara satu sama lain.

Sim Leng
3 hari 2 malam begitu pendek dapat saya dirasai semasa majlis penutupan. Segala kenangan yang manis akan simpan di dalam hati saya.Harap dapat berkunjung Kampung Sentosa pada lain kali.

Anis
Pada pendapat saya , majlis penutupan ini mendatangkan impak yg besar kepada keseluruhan program jalinan masyrakat ini kerana ianya merupakan aktiviti terakhir di kampung tersebut . Kami berkesempatan utk menyampaikan sedikit cenderamata kepada keluarga angkat kami yg telah bnyak membantu dan meluangkan sedikit lgi masa bersama mereka. Kami juga dapat mendengar sedikit sebanyak nasihat drpd ketua kampung sewaktu ucapannya.

Hafiza
Saya berasa amat gembira kerana penduduk kampung dapt menerima kejadiran kami di kampung mereka.Saya juga menerima pelbagai hadiah yang diberikan oleh mak angkat.Saya berharap hubungan kami dan penduduk kampung berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ann Huey
Saya berasa amat gembira dapat mengadakan majlis penutupan bersama penduduk Kampung Sentosa, terutamanya dapat meraikan majlis tersebut dengan keluarga angkat. Saya berasa amat gembira majlis penutupan dapat dijalankan dengan lancar berkat kerjasama antara semua rakan dan penduduk kampung. Saya juga amat menghargai hadiah yang diberikan oleh keluarga angkat. Diharapkan semua orang telah menikmati dan suka akan semua aktiviti yang diadakan.

Umi Kalsum
Penutupan program jalinan masyarakat berjalan dengan lancar pada hari ketiga kerana semua mahasiswa dan mahasisiwi SPAS berkerjasama menjayakan majlis itu. Selain itu, kami berkesempatan mengucap terima kasih dan selamat tinggal kepada keluarga angkat Kampung Sentosa.

Meera
Sebelum mengakhiri program jalinan masyarakat di kampung Sentosa kami telah mengadakan majlis penutupan program jalinan masyarakat. Saya berasa amat sedih untuk bertolak ke UM kerana semua warga kampung Sentosa berinteraksi dengan sopan dan juga dengan penuh kasih sayang. Terutamanya ibu angkat saya yang amat baik hati telah memberi satu hadiah yang unik. Beliau juga memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya. Selain itu saya juga dapat peluang untuk berkomunikasi dan bersalam-salam bersama komuniti kampung yang turut sertai dalam majlis penutup.

Umi Naziera
Perancangan majlis ini memerlukan tenaga dari semua pelajar tahun satu jurusan Sains Pengurusan Alam Sekitar. Dalam melaksanakan majlis ini, saya mendapat pengalaman baru dalam menguruskan majlis dan menyediakan makanan untuk vip dengan penuh tatatertib. Saya juga belajar banyak perkara baru dalam bidang protokol bagi memastikan majlis bejalan dengan lancar.

Edwina
Hati saya berasa lega apabila majlis penutupan dijalankan kerana setiap aktiviti yang telah kami merancang dapat dijalankan dengan berjaya walaupun ada pelbagai cabaran

Jemima
Pada pendapat saya, majlis penutup sangat berharga bagi saya kerana ia merupakan kali terakhir saya berjumpa dengan penduduk kampung. Saya juga berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga angkat. Pengalaman di kampung sentosa merupakan pengalaman yang baru dan sangat bermakna bagi saya.

Nabilah
Majlis penutupan berjalan dengan lancar dan banyak ilmu mengenai perancangan majlis dapat dipelajari.


Gotong-Royong Bersama Penduduk Kampung Sentosa

Hari Ketiga
Hari Ahad (1 April 2018)
8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Balai raya Kampung Sentosa


Objektif aktiviti gotong royong ini dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan di sekeliling balai raya Kampung Sentosa.Ianya sebagai tanda terima kasih kepada kesemua penduduk Kampung Sentosa kerana telah menerima kehadiran kami dan menjaga kami sepanjang keberadaan kami disana. Selain itu, ianya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan pelajar-pelajar SPAS bersama penduduk Kampung Sentosa. Aktiviti gotong royong ini juga salah satu usaha dalam merapatkan lagi ukhuwah dan perhubungan di kalangan para pelajar SPAS itu sendiri dan juga hubungan para pelajar bersama penduduk kampung.Akhir sekali, ianya turut bertujuan dalam memupuk semangat kerjasama dan juga tolong menolong dalam diri para pelajar SPAS. Dengan adanya semangat kerjasama dan tolong-menolong, kami dapat menyiapkan dan membersihkan kawasan balai raya itu dalam masa yang singkat. Agar semangat kerjasama yang sedia ada ini masih dapat diaplikasikan semula di kemudian hari.



Aktiviti ini diadakan pada hari terakhir Program Jalinan Masyarakat. Ianya bermula agak lewat sedikit kerana memberi ruang kepada pihak bertugas  dalam menyediakan peralatan dan juga memberi masa kepada penduduk kampung untuk hadir bersama dalam menjayakan aktiviti ini. Sebelum aktiviti gotong-royong ini dimulakan salah seorang penduduk Kampung Sentosa iaitu Fateha memberi sedikit cenderahati kepada semua pelajar SPAS. Kami agak terperanjat pada mulanya kerana tidak menyangka bahawa beliau akan menghadiahkan cenderamata sebagai kenangan. Untuk makluman semua, beliau begitu gigih dalam menyediakan hadiah tersebut dimana beliau terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3.00 pagi untuk menyiapkan kesemuanya. Hadiah yang diberikan adalah berbentuk rama-rama yang diperbuat dari kertas warna. Hadiah tersebut mungkin kedengaran tidak seberapa namun bagi kami ianya cukup berharga jika dilihat akan usahanya.

Hadiah yang diberikan oleh Fateha.





Aktiviti gotong-royong ini bermula pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar diagihkan didalam kumpulan masing-masing.Untuk makluman, para pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk membersihkan tempat yang telah ditetapkan.

Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan A,B dan juga C dimana kumpulan A diketuai oleh Umi Naziera perlu membersihkan di sekeliling kawasan padang yang terletak berhadapan dengan balai raya. Manakala, kumpulan B pula diketuai oleh Edwina perlu membersihkan di sekeliling dan juga kawasan dalam balai raya. Kumpulan terakhir iaitu kumpulan C diketuai oleh Norziha dimana mereka perlu membersihkan di kawasan sekitar taman permainan yang terletak di belakang balai raya.

Antara peralatan yang diberikan kepada para pelajar dan juga orang kampung semasa menjalankan aktiviti gotong royong adalah pencakar, penyodok, penyapu lidi, plastik sampah, vacuum, kain lap dan sebagainya. Sebahagian peralatan dibawa oleh para pelajar SPAS sendiri dan sebahagian disediakan oleh penduduk kampung itu sendiri. Peralatan diagih mengikut kawasan yang hendak dibersihkan seperti pencakar diberi lebih kepada kumpulan C kerana kawasan yang lebih luas dan dipenuhi dengan daun kering, vacuum pula diberikan kepada kumpulan B untuk membersihkan kawasan di dalam dewan dan plastik sampah diberikan kepada ketiga-tiga kumpulan.

Kesemua ahli di dalam kumpulan A memungut kesemua sampah yang terdapat di kawasan padang. Terdapat sampah seperti botol-botol, plastik, kertas dan juga sampah lebihan dari aktiviti sukaneka yang berlangsung semalam. Antara gambar dan video Kumpulan A dalam membersihan kawasan padang.


Wong Kah Fai sedang mengutip sampah di kawasan padang.


                           Gambar 2: Aktiviti gotong-royong disaksikan oleh Ketua Kampung Sentosa
dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Sentosa

 Para Pelajar SPAS sedang bekerjasama membersihkan kawasan padang.






Bagi kumpulan B  mereka bukan sahaja membersihkan kawasan di luar balai raya seperti menyapu daun-daun kering yang gugur tetapi mereka juga membersihkan kawasan di dalam dewan. Mereka menbersihkan lantai di di dalam balai raya dengan mengunkan vacuum, mengelap kesemua tingkap di balai raya, menyapu habuk yang terdapat didinding balai raya dan sebagainya. Antara gambar dan video Kumpulan B dalam membersihkan kawasan balai raya

 Pelajar SPAS dan orang kampung bersatu dalam membersihkan kawasan balai raya.


 Penduduk Kampung Sentosa sedang mencakar daun kering di belakang balai raya.



 Lynda sedang menyapu habuk tingkap di luar balai raya.

Jia Xin dan Zakaria sedang membersihkan bahagian dalam kawasan balai raya.
 Pemuda kampung juga turut serta dalam aktiviti gotong-royong.







Akhir sekali, bagi kumpulan C, mereka berkumpul dalam membersihkan kawasan taman permainan yang dipenuhi dengan daun kering dan juga rumput yang agak panjang. Kami mengagihkan beberapa orang pelajar mengikut tugas agar pembersihan berjalan dalam masa yang singkat. Antara gambar dan video yang berjaya dirakam adalah

Kesemua daun kering di kumpul di dalam plastik untuk
dibuang bagi mengelakkan dari dibakar.

 Pelajar-pelajar SPAS bersatu dalam membersihkan kawasan taman permainan.

 Pelajar SPAS dan penduduk kampung sedang membersihkan daun kering.

 Penduduk kampung sedang membantu para pelajar dalam melakukan gotong-royong.

 Umi Kalsum gembira melakukan gotong-royong.

Afif sedang mengerah tenaga mencabut rumput di kawasan itu.

 Aqila sedang menyapu tanah yang melekat di pejalan kaki.

 Para pelajar begitu fokus dalam membersihkan kawasan taman permainan.

 Suraya begitu bersungguh dalam menyapu daun kering.

Dalila sedang mencakar daun kering yang masih berbaki.



 Phooni melonggokkan daun kering pada satu tempat.


Aktiviti gotong-royong ini selesai pada jam 9.30 pagi untuk memberi laluan kepada majlis penutupan. Kesemua peralatan yang dipinjam dari penduduk kampung dikumpul dan disimpan semula pada tempat asalnya. Pihak logistik menyediakan sedikit minuman iaitu teh O panas kepada para pelajar SPAS dan juga penduduk kampung yang terlibat.


Refleksi


Sim Leng
Saya berasa gembira kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga saya dalam membersihkan kawasan di sekitar balai raya dan juga taman permainan yang sudah lama diabaikan. Kami mecakar, menyapu dan juga mengutip sampah sarap dan juga daun-daun kering di kawasan tersebut. Saya juga berasa begitu gembira walaupun hanya sedikit perubahan sahaja yang dapat dilihat dari aktiviti permbersihan itu dalam waktu yang singkat.

Chai Li
Aktiviti gotong-royong dibahagikan kepada tiga kumpulan. Saya berada di kumpulan pertama dimana saya ditugaskan untuk membersihkan di kawasan padang. Terdapat pelbagai plastik, samapah sarap dan juga kotak yang terdapat di padang tersebut dan ada juga yang sudah bertakungan air. Untuk makluman, ini kali pertama saya terlibat dalam aktiviti gotong-royong di sebuah kampung. Namun, dengan kerjasama dari semua rakan saya, aktiviti ini tidaklah begitu memenatkan seperti yang dijangka. Sebaliknya, saya dan rakan-rakan yang lain berasa amat berpuas hati dengan usaha kami dalam membersihkan kawasan balairaya di kampung tersebut sehingga selesai.

Farah Haini
Saya berasa sangat gembira kerana dapat  melakukan aktiviti gotong-royong ini bersama-sama rakan-rakan dan juga penduduk kampung itu sendiri. Bagi saya, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami para pelajar Universiti Malaya dengan penduduk Kampung Sentosa. Saya berasa sangat terharu kerana warga kampung turut serta dalam membantu kami melakukan gotong-royong ini dan menjadikan aktiviti ini sangat bermakna kepada saya dan juga rakan-rakan.

Wong Kah Fai
Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana dapat berkhidmat untuk Kampung Sentosa ini setelah menetap di kampung itu selama tiga hari. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah berusaha bersama-sama dalam menjayakan aktiviti ini. Saya juga berasa begitu berpuas hati setelah membersihkan kawasan balai raya di Kampung Sentosa. Saya berharap agar kebersihan di Kampung Sentosa ini dapat terus dikekalkan. Hal ini kerana kebersihan mampu menjamin kesihatan dan keselamatan warga kampung terutamanya kanak-kanak di kampung tersebut yang begitu aktif bermain di kawasan tersebut.

Jemima
Pada pandangan saya, aktiviti gotong-royong ini telah menjadikan hubungan para pelajar SPAS bersama penduduk kampung lebih erat dan mesra. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana dapat menolong penduduk kampung untuk membersihkan kawasan di sekitar balai raya itu.

Hafiza
Aktiviti gotong-royong ini dapat mengajar saya erti tolong-menolong dan juga semangat kerjasama diantara saya dan juga rakan-rakan yang lain. Dengan mengadakan aktiviti ini, kerja pembersihan menjadi lebih mudah dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Penduduk kampung juga turut hadir untuk menyertai aktiviti ini dan membuat saya rasa begitu terharu dengan kerjasama yang ditonjolkan oleh mereka. Bagi saya, aktiviti ini juga dapat memupuk nilai -nilai murni dalam kehidupan seharian para pelajar dan juga penduduk kampung dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab.

Li Hui
Dalam aktiviti gotong-royong ini kawasan yang perlu kami bersihkan adalah agak besar. Namun, dengan usaha yang diberikan oleh penduduk kampung dan rakan-rakan saya, kami dapat menyelesaikan aktiviti ini dalam masa yang singkat. Dalam perkara ini, saya turut dapat pelajari dimana apabila satu masyarakat bersatu dalam menyelesaikan satu aktiviti dan perkara dengan mudah walaupun ianya adalah satu aktiviti atau perkara yang rumit.

Peter
Saya berasa gembira kerana dapat bekerja sebagai satu kumpulan bersama rakan-rakan dan juga penduduk kampung sepanjang aktiviti ini dijalankan. Saya dapat lihat dimana kami saling tolong menolong dan tiada yang mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri dalam menyiapkan tugas masing-masing walaupun kami berada di dalam kumpulan yang berbeza. Bagi saya, aktiviti ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan antara para pelajar SPAS dan juga penduduk kampung di situ.

Dina
Gotong -royong bersama penduduk kampung sangatlah menyeronokkan bagi saya. Tambahan lagi, saya juga dapat meluangkan lebih banyak masa dalam mengenali warga kampung yang turut hadir dalam menjayakan aktiviti ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pendudk kampung sanggup meluangkan masa di hujung minggu mereka semata-mata untuk turut serta dalam aktiviti yang kami jalankan di tempoh hari.

Meerashini
Melalui aktiviti gotong-royong, saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya bersama rakan-rakan dan juga bersama warga komuniti kampung di situ. Dalam aktiviti ini, kami rakan sekelas berjaya membersihkan kawasan balairaya di kampung itu dengan sempurna. Selain itu, selepas aktiviti ini selesai saya juga berpeluang bermesra bersama kanak-kanak yang hadir pada masa itu dengan cara bermain dan menari bersama mereka.

Phooi Ni
Semasa aktiviti gotong-royong ini dijalankan saya berasa amat bersyukur dan terharu kerana kesemua rakan dan penduduk kampung yang hadir berkerjasama bersama-sama dalam membersihkan kawasan balai raya di kampung itu. Usaha dan kerjasama yang ditonjolkan oleh setiap individu membuatkan aktiviti ini dapat dijayakan dalam tempoh yang singkat. Saya juga berasa begitu puas hati setelah dapat melihat kawasan-kawasan yang dibersihkan menjadi lebih kemas dan bersih dari sebelumnya.

Intan
Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat kesungguhan dan kerjasama semua rakan saya dalam membersihkan kawasan di sekitar balai raya di Kampung Sentosa. Walaupun aktiviti ini dijalankan pada hari ketiga yang merupakan hari terakhir kami di sana, rakan-rakan saya tetap memberikan yang terbaik dalam menjayakan aktiviti ini walaupun saya tahu mereka agak penat. Yang membuatkan saya lebih bangga, dimana rakan-rakan saya tidak sekalipun yang membuat muka cemberut. Semuanya kelihatan begitu gembira sekali kerana dapat membantu penduduk Kampung Sentosa. Saya juga turut berterima kasih kepda para rakan yang mengetuai aktiviti ini kerana telah berjaya melaksanakan tugas sebaik mungkin.Tahniah diucapkan kepada semua.

Rahina
Daripada aktiviti gotong-royong ini, kerjasama antara para pelajar SPAS dapat dilihat dengan jelasnya dalam membersihkan kawasan sekitar balai raya Kampung Sentosa. Untuk makluman kami telah diagihkan kepada tiga kumpulan dan masing-masing mempunyai tugas mereka yang tersendiri. Bagi saya kesemua berjaya melaksanakan tugas mereka sebaiknya. Selain itu, saya juga berasa amat terharu kerana terdapat beberapa orang penduduk kampung yang sudi hadir ke balai raya sejak awal pagi lagi untuk memeriahkan lagi aktiviti ini.

Ann Huey
Selepas menjalankan aktiviti gotong-royong ini bersama rakan-rakan sekelas saya di Kampung Sentosa, saya berasa amat gembira kerana kawasan sekitar balai raya termasuklah kawasan padang menjadi lebih bersih dari sebelumnya. Setelah bergotong-royong, saya berpendapat bahawa kebersihan di sekitar kampung atau perumahan perlu dijaga dengan baik.Hal ini disebabkan sampah sarap seperti tin kosong berpeluang tinggi untuk menjadi tempat takungan air setelah hujan. Kawasan yang memiliki air yang bertakung mudah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes  dan akan membawa kepada kematian jika ianya dalam tahap yang sangat serius. Dengan erti kata lain, kawasan perumahan yang bersih dapat menjamin kesihatan penduduk. Oleh itu, aktiviti gotong-royong haruslah dilakukan dengan sekerap yang mungkin. Dengan bergotong-royong, bukan sahaja kebersihan dapat dipastikan bahkan hubungan silaturahim juga dapat terjalin lebih erat. Melalui aktiviti ini juga hubungan saya bersama rakan-rakan sekelas telah menjadi lebih rapat dan mesra disebabkan semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh mereka. Saya berharap kebersihan di Kampung Sentosa dapat dijaga dan diperlihara.

Umi Kalsum
Saya berasa begitu seronok kerana dapat bergotong raya bersama penduduk kampung dalam membersihkan kawasan di sekitar balai raya di Kampung Sentosa. Selain itu, dengan menjalankan aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan kerana dapat mengeluarkan peluh ketika melakukan aktiviti ini. Dari aktiviti ini juga saya berpeluang untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara saya bersama rakan-rakan dan juga bersama warga Kampung Sentosa. Saya juga berasa begitu puas hati apabila kawasan di kampung itu menjadi lebih bersih selepas dari aktiviti ini selesai.

Lynda
Saya berasa begitu gembira kerana dapat turut serta dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini bersama penduduk kampung di situ. Saya juga berasa begitu bersyukur kerana dapat membersihkan kawasan balai raya dimana kami telah menggunakan kawasan tersebut sepanjang tempoh tiga hari kami jalankan program di kampung itu.Saya juga berasa begitu bertuah kerana dengan adanya aktiviti ini hubungan saya bersama rakan-rakan sekelas menjadi lebih rapat dan hubungan saya bersama penduduk kampung menjadi lebih mesra walaupun hari itu merupakan hari terakhir kami di kampung itu. Saya berusaha mengelap tingkap dan menyapu dewan kerana kebersihan itu penting kepada semua orang dan saya sudah mencuba buat yang terbaik semampunya.

Jia Xin
Pada pendapat saya, kelemahan aktiviti ini yang dapat saya perhati ialah kekurangan persiapan dimana mahasiswa yang bertanggungjawab tidak menyediakan alat gotong-royong yang secukupnya. Namun, saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana dengan pertolongan Encik Ahmad segalanya dapat berjalan dengan lancar. Saya juga berasa amat bergembira kerana dapat melihat mahasiswa dan mahasiswi SPAS Universiti Malaya dan warga kampung bekerjasama dalam membersihkan di kawasan perkarangan balai raya dan juga padang. Kami juga dapat meninggalkan Kampung Sentosa tersebut dengan memori yang indah dan bukannya dengan sampah sarap.

Zahira
Aktiviti ini salah satu aktiviti yang sihat dimana ianya melibatkan para pelajar SPAS dan juga penduduk Kampung Sentosa untuk bersama-sama dan juga bekerjasama dalam membershkan kawasan di sekitar balai raya. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap individu menjadi aktiviti permbersihan ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Malah, dengan semangat tolong-menolong yang wujud juga membuatkan aktiviti ini berjalan dengan lancar tanpa adanya isu yang timbul.

Dalila
Saya dapat melihat semangat kerjasama antara penduduk di Kampung Sentosa bersama- sama dengan para pelajar SPAS dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini pada tempoh hari. Saya juga berasa begitu seronok kerana dapat menyumbang sedikit sumbangan dan tenaga kepada penduduk kampung di situ dalam membersihkan kawasan di sekitar balai raya kampung tersebut. Dengan aktiviti ini, kawasan di balai raya ini menjadi lebih bersih dan cantik. Hubungan yang erat juga terjalin antara kami para pelajar SPAS bersama penduduk kampung ketika aktiviti pembersihan dijalankan.

Afif
Gotong-royong merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat. Saya berasa gembira kerana dapat bersama masyarakat di Kampung Sentosa dalam menjalankan aktiviti ini di samping saya turut dapat mengenali dengan lebih dekat mengenai penduduk di kampung tersebut.

Roberta
Melalui aktiviti gotong-royong ini saya berpendapat bahawa semangat kesepaduan antara satu sama lain dapat dipupuk. Ini kerana sepanjang menjalankan aktiviti ini, kita dapat lihat semangat kerjasama dan tolong- menolong wujud anatara para pelajar SPAS dengan penduduk kampung di Kampung Sentosa yang menjadikan aktiviti ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Ini kerana kerana terdapat banyak tangan yang membantu dalam aktiviti ini yang turut meringankan beban setiap individu di situ. Dengan aktiviti ini juga, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar SPAS sendiri dan juga tidak terkecuali hubungan erat bersama penduduk kampung juga dapat terjalin.

Nabila
Aktiviti gotong-royong ini meringankan beban penduduk-penduduk Kampung Sentosa kerana kami bekerjasama dalam membersihkan beberapa kawasan di kampung itu dan juga menyediakan varsiti yang selesa untuk mereka. Ianya sebagai tanda ucapan terima kasih daripada kami, pelajar-pelajar SPAS kerana telah sudi menerima kedatangan kami dan juga sudi hadirkan diri di sepanjang program ini dijalankan. Dengan kehadiran mereka itu menjadikan program ini lebih meriah dan bermakna. Seterusnya, saya juga dapat belajar semangat bekerjasama dengan rakan-rakan SPAS sendiri termasuk juga penduduk-penduduk kampung ketika menjalankan aktiviti ini.

Zakaria
Aktiviti gotong-royong ini mengajar saya mengenali erti tolong-menolong dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Ini kerana aktiviti ini boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang agak berat untuk dilakukan oleh penduduk kampung yang berusia untuk membersihkan kawasan kampung yang agak besar. Jadi, kedatangan kami sedikit sebanyak dapat mengerah tenaga muda ini dalam meringankan beban mereka dengan cara membersihkan kawasan kampung itu bersama-sama dan sekaligus menceriakan kawasan tersebut. Ianya juga boleh dijadikan kenangan kepada kami ketika berada di kampung itu kerana aktiviti ini juga diturut serta oleh penduduk kampung itu sendiri.

Anis Farhana
Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini sangatlah bermanafaat kepada para pelajar SPAS dan juga penduduk Kampung Sentosa kerana dengan adanya aktiviti ini, kami dapat bersama-sama  membersihkan kawasan di sekitar balai raya di kampung tersebut. Oleh kerana, aktiviti ini diturut serta oleh penduduk kampung sendiri, ianya merupakan peluang keemasan kepada para pelajar SPAS untuk mengenali dengan lebih dekat dan juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sudahpun terjalin. Dengan aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat mencergaskan tubuh badan kami dengan mengeluarkan peluh.

Ziha
Bagi saya, aktiviti gotong-royong ini adalah satu idea yang bernas dimana ianya dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada para pelajar SPAS dan juga penduduk-penduduk Kampung Sentosa itu sendiri. Contohnya, dengan aktiviti ini, ianya dapat melahirkan semangat kerjasama antara semua dalam misi membersihkan kawasan di sekitar balai raya tersebut. Ianya menyedarkan saya bahawa dengan adanya kerjasama pekerjaan yang dilakukan dapat diselesaikan dalam jangka masa yang pendek dan ianya menjadi lebih teratur. Dengan mengadakan aktiviti ini, kami secara tidak langsung dapat meringankan beban penduduk kampung untuk membersihkan kawasan yang skalanya agak besar sekaligus sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduk kampung kerana sudi meluangkan masa dan menyertai program yang kami jalankan sepanjang tempoh tiga hari ini. Akhir sekali, harapan saya adalah agar penduduk kampung berasa gembira melihat kawasan di sekitar balai raya menjadi lebih ceria dan bersih.

Soraya
Gotong-royong merupakan aktiviti yang sangat membantu dalam merapatkan lagi hubungan antara para pelajar SPAS dan juga penduduk-penduduk Kampung Sentosa. Aktiviti ini juga dapat menjadikan kawasan kampung menjadi lebih ceria dengan adanya kerjasama antara para pelajar dan penduduk kampung membersihkan kawasan di sekitar balai raya tersebut. Aktiviti ini berjalan lancar seperti yang telah ditetapkan oleh ketua aktiviti. Walaupun dalam keadaan perkakasa gotong-royong yang kurang mencukupi dek kerana kekangan ruang kenderaan, namun dengan bantuan penduduk kampung dalam menyediakan beberapa peralatan dapat menjadikan aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kehadiran penduduk kampung bukan sahaja mempercepatkan lagi aktiviti ini selesai malah menceriakan lagi suasana pada pagi tersebut dengan gelak tawa bersama-sama pelajar SPAS.

Edwina
Saya berasa gembira kerana dapat berkhidmat kepada penduduk-penduduk di Kampung Sentosa setelah menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Walaupun ianya dibalas dengan hanya melakukan aktiviti gotong-royong di sekitar balai raya, saya berharap dengan aktiviti ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban penduduk kampung dalam menjaga kebersihan di kawasan kampung yang agak luas. Saya juga berasa bangga kerana dapat milihat initiatif rakan-rakan saya dalam bekerjasama membersihkan kawasan kampung tersebut dengan wajah yang ceria dan bersemangat. Saya juga turut berasa gembira kerana hubungan kami bersama penduduk kampung dapat terjalin ebih erat dari sebelumnya.

Aqila
Saya berasa begitu gembira kerana dapat turut serta dalam aktiviti gotong-royong ini kerana sudah lama saya tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti seperti ini. Ditambah pula, penduduk kampung di Kampung Sentosa itu sudi hadir dalam menjayakan aktiviti ini. Saya juga berasa berpuas hati kerana dapat melihat kawasan sekitar balai raya menjadi lebih bersih dan ceria. Ianya secara tidak langsung sebagai tanda ucapan terima kasih kepada penduduk-penduduk kampung kerana sudi meminjamkan kami dewan balai raya ini selama tiga hari dalam menjalankan program ini. Saya berharap dengan adanya aktiviti seperti ini dapat meringanan beban penduduk kampung itu sendiri dan dijadikan salah satu kenangan meis bersama kami ketika kami berada di kampung itu.

Umi Naziera
Dengan menjalan aktiviti gotong-royong ini di Kampung Sentosa, kami dapat membersihkan kawasan di sekitar balai raya kampung tersebut. Selain itu, aktiviti ini turut dapat menambahkan rasa cinta akan dalam sekitar. Saya turut berbangga pada kesemua pelajar SPAS tahun satu dimana dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya tanpa ada wujudnya sikap mementing diri sendiri dalam membersihkan kawasan yang berbeza. Dengan semangat kesepaduan ini dan juga dengan jasa baik warga kmpung yang sudi hadir dalam menjayakan aktiviti terakhir ini di kampung itu, kerja pembersihan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dan lancar tanpa sebarang masalah.