Sabtu (31 Mac 2018)
8.00 pagi hingga 9.30 pagi
Perkarangan Dewan Balai Raya.
Objektif senamrobik adalah untuk memastikan tiada kecederaan atau kekejangan otot berlaku semasa sukaneka berlangsung. Seterusnya, senamrobik juga dapat mengeratkan lagi hubungan penduduk Kampung Sentosa dengan kami.
Pada hari kedua kami di Kampung Sentosa, Batang Kali, Hulu Selangor, aktiviti pertama kami pada pagi ini adalah senamrobik. Namun, aktiviti senamrobik bermula agak lambat iaitu pada jam 8.30 pagi kerana warga kampung tiba lewat disebabkan aktiviti pada malam jumaat tamat agak lewat. Senamrobik dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan, kemudian diikuti dengan zumba lagu Sugar free (T-ara) dan lagu ABC soundtrack cerita thailand (I'm fine thank you love you).
Zahira sedang menunggu penduduk kampung. |
Umi Kalsum, Umi Naziera dan Rahina menggunakan kesempatan ini untuk berlatih tarian tradisional untuk malam kebudayaan. |
Tarian Tradisional menggunakan lagu Rama-rama oleh ratu rock Malaysia, Ella. |
Semua pelajar SPAS sedang menunggu kehadiran warga Kampung Sentosa. |
Mahasiswa SPAS melakukan 'cheers Siswa -siswa UM' untuk menyuntik semangat di dalam diri masing-masing. |
Warga Kampung Sentosa telah hadir di perkarangan dewan balai raya. |
Aktiviti pemanasan badan bermula |
Zumba lagu ABC. |
Zumba lagu Sugar free. |
Kanak-kanak riang Kampung Sentosa. |
Mereka malu-malu kucing untuk mengikut kami berzumba. |
Comelnya!! |
Kanak-kanak Kampung Sentosa sangat gembira bersenam dan bermain bersama kami. |
Refleksi
Intan
Saya berasa seronok melihat adik-adik kecil mengikut kami bersenam bersama, mereka juga amat gembira sepanjang aktiviti ini dijalankan. Walaupun tidak ramai penduduk kampung yang datang pada pagi ini, namun penduduk yang hadir pada pagi ini sangat aktif serta memberi kerjasama yang baik dengan kami. Saya berharap dapat pergi ke Kampung Sentosa lagi dan melakukan aktiviti ini bersama-sama penduduk kampung.
Dalila
Saya gembira melihat penduduk bersenam bersama kami.
Ziha
Saya begitu teruja ketika melakukan zumba kerana penduduk kampung cukup bersemangat dan ceria ketika bersama-sama menjalankan aktiviti ini.
Farah
Saya berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana dapat berzumba dengan penduduk kampung yang begitu semangat dengan aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan.
Aqilah
Saya berpuas hati kerana dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan masyarakat kampung melalui aktiviti senamrobik.
Zahira
Saya seronok dan berpuas hati dengan aktiviti zumba yang melibatkan pelajar SPAS dan penduduk Kampung Sentosa.
Jia Xin
Saya seronok tengok warga kampung dan mahasiswa SPAS UM menari bersama-sama. Saya dapat merasai budak-budak suka sangat dengan lagu yang kita gunakan. Saya berharap mereka berpuas hati dengan Zumba dan senamrobik ini.
Dina
Kegembiraan orang kampung sentosa dan kanak kanak jelas terpancar di lensa camera apabila mereka berzumba.
Edwina
Saya amat bersyukur kerana dapat berinteraksi dengan komuniti Kampung Sentosa. Saya berasa gembira apabila melihat kanak-kanak seronok berzumba dengan kita.<3
Lynda
Saya gembira dapat menari bersama-sama dengan warga Kampung Sentosa tidak mengira umur dan agama. Saya juga berseronok dapat melakukan zumba bersama penduduk kampung yang bersemangat dan ceria.
Soraya
Saya berasa sangat teruja sewaktu aktiviti senamrobik, hal ini kerana, setiap mahasiswa dan penduduk kampung bersama-sama menari dan melakukan senamrobik yang telah disediakan oleh ketua aktiviti. aktiviti senamrobik berjalan dengan lancar seperti yang dirangcang dan semua penduduk kampung yang hadir kelihatan tertarik dengan aktiviti ini.
Nabilah
Acara senamrobik adalah acara yang paling menyeronokkan serta sihat kerana kami bersenam mengikut rentak lagu. Walaupun tidak ramai penduduk kampung yang hadir kerana aktiviti ini diadakan pada awal pagi, namun penduduk yang datang amat aktif bersenam bersama.
Hafiza
Aktiviti senamrobik telah menjadikan hubungan saya dan penduduk kampung lebih serasi. selain itu, senamrobik memberi keseronokan dan kebebasan pergerakan mengikut alunan muzik yang dialunkan. Aktiviti ini juga menjadikan saya dan rakan-rakan aktif sepanjang seharian menjalankan aktiviti lain.
Umi Kalsum
Aktiviti ini sangat menarik kerana orang kampung turut serta dan dapat memanaskan badan sebelum menyertai aktiviti sukan.
Rahina
Daripada aktiviti senamrobik ini, penduduk Kampung Sentosa samaada kanak-kanak mahupun dewasa telah datang ke balai raya dari awal pagi sebelum sukaneka bermula untuk mengikuti aktiviti senamrobik bersama pelajar SPAS. Mereka sangat gembira dan 'sporting' melakukan senamrobik bersama.
Phooi Ni
Saya berasa sangat gembira apabila boleh berinteraksi dengan kanak-kanak dan menari zumba bersama-sama. Aktiviti ini telah mengaktifkan suasana pada masa ini dan juga suasana pada aktiviti seterusnya.
Peter
Saya berasa amat gembira kerana dapat melakukan zumba bersama-sama dengan semua pelajar SPAS. Saya juga berasa puas hati apabila melihat kanak-kanak Kampung Sentosa yang mengikut kami untuk berzumba. Malahan, mereka juga mengajar kami 'Panama dance', saya seronok menari dengan mereka dan ini dapat merapatkan hubungan kami.
Anis
Pada pendapat saya, aktiviti zumba ini sangat berfaedah kerana di samping mencergaskan tubuh badan, kami dapat menjalinkan silaturrahim bersama penduduk Kampung Sentosa yang sama-sama terlibat dengan aktiviti ini. Selain itu, aktiviti ini menaikkan semangat kami untuk menjalankan aktiviti sukaneka yang berjalan selepasnya.
Afif
Terima kasih kepada pihak AJK kerana mengadakan slot dan aktiviti zumba ini kerana saya berasa lebih cergas selepas melakukannya dan ia satu aktivti yang sangat bermanfaat untuk kesihatan diri kita sendiri.
Chai Li
Saya amat menyukai aktiviti zumba terutamanya apabila kita melakukan aktiviti ini pada awal pagi semasa kita masih separuh bangun. Aktiviti ini bukan sahaja memberi semangat kepada kita sepanjang hari, malahan juga dapat menghiburkan kita. Saya juga merasai kanak-kanak kampung amat gembira. Aktiviti ini amat penting kerana ia merupakan aktiviti penetuan 'mood' kita sepanjang hari.
Li Hui
dalam aktiviti ini, kami bersenam berirama di luar balai raya. Pada mulanya tidak ramai penduduk yang sertai tetapi lepas kami mula bersenam dengan bersungguh-sungguh dan mengajak mereka menyertai kami, akhirnya mereka mengikuti juga. Daripada hal ini, saya pelajari bahawa apabila kita ingin mengajak orang lain untuk membuat sesuatu, kita perlu tunjjukkan keikhlasan dan kesungguhan, barulah orang lain akan turut serta.
Meerashini
Melalui aktiviti ini di Kampung setosa, saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan komuniti kampung. Saya juga dapat mengajar adik-adik 'cheers UM' dan juga menari kerana bersenam itu penting untuk kehisupan yang sihat sejahtera. Oleh itu, aktiviti zumba ini dapat memberi manfaat kepada saya juga komuniti Kampung Sentosa.
Kah Fai
Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat meluangkan masa berzumba bersama dengan warga kampung. Saya juga gembira dapat berzumba bersama rakan-rakan seperjuangan saya. Bukan itu sahaja, warga kampung terutamanya kanak-kanak seronok melibatkan diri mereka dalam acara ini.
Robberta
refleksi yang saya dapat, kita haruslah sentiasa bersatu dalam mengendalikan sesuatu aktiviti supaya berjalan lancar. selain itu, kita haruslah berlatih dengan baik supaya kita akan memiliki keyakinan diri dalam menguruskan aktiviti tersebut.
Sim Leng
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling mudah dan senang diikuti, saya seronok dengan senaman yang kami lakukan. Penduduk kampung samada orang dewasa dan kanak-kanak juga menunjukkan minat untuk menyertai kami.
Ann Huey
Saya berasa amat gembira selepas menjalankan aktiviti zumba pada waktu pagi. Hal ini disebabkan oleh senaman membuatkan saya berpeluh disamping dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung. saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang mencipta 'steps' atau pergerakan untuk berzumba. Pergerakan yang dicipta senang untuk diikuti oleh penduduk kampung. sesungguhnya aktiviti ini sangat berfaedah untuk mengisi masa lapang, menyihatkan tubuh badan dan mengeratkan hubungan. Diharapkan semua orang menikmati aktiviti yang dijalankan bersama.
Jemima
Pada pandangan saya, aktiviti ini telah mengeratkan lagi hubungan pelajar SPAS dengan penduduk kampung. Penduduk kampung berasa teruja untuk menyertai zumba.
Umi Naziera
Saya Umi Naziera telah mengikuti aktiviti zumba bersama komuniti iaitu penduduk Kampung Sentosa. Melalui aktiviti ini kami pelajar SPAS dapat beriadah bersama penduduk kampung untuk menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk kampung. Zumba ini juga dapat membuat kanak-kanak gembira bersama kami.
Zakaria
Pada mulanya saya tidak mahu menyertai aktiviti ini tetapi apabila saya mencuba saya terus menyukainya. Ia mengajar saya supaya mencuba terlebih dahulu perkara yang tak pernah dilakukan. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang bagus dilakukan di awal pagi selain menyiapkan kita supaya bersedia untuk aktiviti seterusnya. Ini juga merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
No comments:
Post a Comment