Sabtu (31 Mac 2018)
2.00 petang - 4.00 petang
Objektif aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan konsep sifar sisa makanan kepada komuniti kampung. Aktiviti ini juga disesuaikan untuk kanak-kanak dengan mengadakan pertandingan mewarna yang bertema melestarikan pertanian dan alam sekitar.
Kempen ini sepatutnya berlansung pada jam 2.00 petang tetapi dianjakkan masanya kepada 2.30 petang disebabkan penduduk Kampung Sentosa hadir kenduri yang diadakan di dalam kampung. Program ini dimulakan dengan mengumpulkan daun kering di sekitar balai raya.
Pelajar Sains Pengurusan Alam Sekitar sedang mengumpulkan daun kering di sekitar balai raya. |
Seterusnya, ketua aktiviti Lau Li Hui dan Lee Sim Leng memperkenalkan konsep sifar sisa makanan. Tetapi sebelum mengenali konsep ini, kita mesti tahu apa itu pembaziran makanan. Pembaziran makanan wujud apabila kita membuang makanan yang masih boleh dimakan sama ada disebabkan tidak habis ataupun makanan dibiarkan sampai rosak. Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, setiap tahun sebanyak 1.3 bilion tan makanan dibazirkan di seluruh dunia. Manakala di dalam Malaysia pula, kita menghasilkan sebanyak 15 ribu tan sisa makanan setiap hari. Ini belum lagi dikira pada musim perayaan atau kenduri-kendara di mana sisa makanan yang dihasilkan akan berkali ganda. Lau Li Hui juga menyatakan sebenarnya pembaziran makanan boleh dielakkan jika kita mengubah kebiasaan kehidupan kita untuk mengurangkan sisa makanan. Misalnya memasak mengikut keperluan sahaja, memesan makanan sebanyak yang kita boleh habiskan sahaja dan membuat senarai pembelian barang yang diperlukan sahaja. Ini juga ditunjukkan dalam slogan kempen ini iaitu Utamakan Penjimatan, Kurangkan Pembaziran.
Koordinator Lau Li Hui dan Lee Sim Leng sedang memperkenalkan konsep sifar sisa makanan. |
Seterusnya, Lee Sim Leng menunjukkan cara-cara untuk membuat kompos daripada sisa makanan. Satu tong disediakan dan diletakkan secara terbalik di atas tanah. Lubang ditebuk di bahagian bawah tong yang telah diterbalikkan dan juga di sekeliling tong untuk tujuan pengudaraan. Bahan-bahan pengkomposan diletakkan secara berlapis dengan daun kering di lapisan bawah dan atas sekali. Kompos digaulkan dua minggu sekali sehingga rata dan diletakkan di tempat redup atau kurang cahaya matahari dan dibiarkan sehingga ia menjadi baja. Lee Sim Leng juga mengajar cara-cara untuk mengenal pasti jika kompos itu dalam keadaan baik atau buruk. Jika kulat berwarna putih didapati di atas kompos, maka itu menandakan kompos itu bagus. Tetapi jiika kulat berwarna hitam atau ulat berwarna warni didapati di atas kompos, maka kompos itu tidak baik dan perlu ditambah lebih banyak daun kering atau ranting pokok. Pengkomposan sisa makanan ini dijalankan di belakang balai raya.
Tong yang ditebuk lubang di bahagian bawah memudahkan kita untuk masukkan daun kering dan sisa makanan ke dalam dan banyak lubang kecil di sekelilng tong dibuatkan untuk tujuan pengudaraan. |
Tiga buah tong dan dua bungkus besar daun kering telah disediakan namun sisa makanan tidak mencukupi. Hal ini disebabkan oleh dua bungkus sisa makanan yang dikumpulkan oleh pelajar Sains Pengurusan Alam Sekitar telah dikutip oleh lori sampah pada waktu pagi hari tersebut. Maka, hanya satu tong sahaja yang digunakan di dalam aktiviti ini. Dua tong lagi diberikan kepada penduduk kampung untuk membuat pengkomposan sendiri. Penduduk kampung juga mengambil bahagian dalam aktiviti ini dengan mengumpulkan sisa makanan dan kulit buah-buahan dan meletakkannya di dalam tong.
Sisa makanan ditambah selepas lapisan daun kering diletakkan dalam tong. |
Penduduk kampung juga mengambil bahagian dalam proses membuat kompos. |
Semua yang terlibat mengambil gambar beramai-ramai dan merakamkan satu video dengan menyebut Zero Food Waste yang bermaksud sifar sisa makanan.
Penduduk kampung dan pelajar sains pengurusan alam sekitar Universiti Malaya melaungkan tema kempen Zero Food Waste. |
Pada masa yang sama juga, pertandingan mewarna dijalankan di dalam balai raya. Pertandingan mewarna dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap satu berumur bawah daripada 7 tahun dan tahap dua iaitu berumur 8 tahun ke atas. Pendaftaran bermula pada pukul 2.00 hingga 2.20 petang. Seramai 23 kanak-kanak telah mengambil bahagian di dalam pertandingan mewarna ini. Setiap kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna telah diberikan poster lukisan dan pensel mewarna.
Kanak-kanak yang datang 15 minit awal dan menunggu pendaftaran pertandingan mewarna dibuka. |
Kanak-kanak mendaftar di kaunter pendaftaran dan diberikan kertas mewarna dan pensel mewarna. |
Kanak-kanak yang sedang mewarna dalam balai raya. |
Dr. Rosazlin Abdullah juga datang melihat kanak-kanak yang sedang mewarna dan memeriahkan suasana. |
Tepat jam 3.30 petang, kesemua poster telah dikumpulkan dan diberikan kepada juri untuk memberi markah. Juri pertandingan ini terdiri daripada En. Ahmad Bahari, penduduk Kampung Sentosa dan dua orang pelajar Sains Pengurusan Alam Sekitar iaitu Chong Bee Lynda dan Nurul Nabilah bt Mahmud.
Pada jam 3.45 petang, majlis penyampaian hadiah dijalankan.
Tahniah kepada kanak-kanak yang memenangi hadiah. |
Semua orang bergambar ramai-ramai bagi Kempen Sifar Sisa Makanan. |
Refleksi
Li Hui
Dalam penyediaan kempen sifar sisa makanan, saya baru dapati betapa seriusnya masalah pembaziran makanan. Bila lihat jumlah sisa makanan yang orang Malaysia hasilkan dalam sehari, saya terpegun dan baru dapati rupa-rupanya dalam kehidupan seharian kita, ada banyak kali yang kita tidak perasan tetapi sebenarnya kita dah membazirkan makanan. Saya juga berpendapat bahawa tukarkan sisa makanan jadi sesuatu yang berguna iaitu baja kompos ialah cara yang baik dan saya juga akan mempraktikkan cara ini dalam rumah. Saya juga berharap lebih ramai orang boleh menyedari masalah serius ini dan mengambil langkah untuk kurangkan sisa makanan. Dalam pertandingan mewarna, kami juga jelaskan kepentingan melestarikan alam sekitar supaya mereka mempunyai kesedaran untuk melindungi alam sekitar.
Phooi Ni
Semasa zero food waste campaign itu, saya bertanggungjawab untuk session pertandingan berwarna kanak-kanak. Banyak kanak-kanak yang datang ke pertandingan ini. Saya berasa sangat gembira apabila boleh memperhati kanak-kanak ini berwarna. Kanak-kanak ini sangat comel dan kreatif semasa mewarnakan poster. Saya mendapati mereka mempunyai fikiran yang sangat istimewa dan comel apabila saya berbual-bual dengan mereka.
Chai Li
Kempen Zero Food Waste ini merupakan satu aktiviti yang amat bermanfaat. Pendedahan kepada kempen ini merupakan satu langkah bagi menyelamatkan bumi. Walaupun warga-warga kampung amat keliru dan tidak sangat memahami tentang kepentingan dan proses membuat kompos, saya berasa amat bersyukur kerana warga-warga kampung mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mempelajari cara-cara membuat kompos. Diharap pendedahan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada warga kampung. Manakala bagi aktiviti mewarna pula, budak-budak kampung amat gembira dan menikmati semua proses mewarna. Di samping mewarna, kami juga menjelaskan lukisan tersebut kepada mereka di mana pokok amat penting bagi bumi kita. Diharap melalui penjelasan tentang lukisan dapat memberi pendedahan kepada mereka.
Meerashini
Melalui aktiviti zero waste saya dapat belajar cara membuat baja organik dengan baik. Begitu juga, saya berharap agar pihak komuniti kampung Sentosa juga dapat belajar cara membuat baja kompos dengan teliti. Selain itu saya juga dapat berkomunikasi dan juga meluangkan sedikit masa bersama kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna. Dua aktiviti ini daat mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti kampung Sentosa dengan pelajar Spas yang berjaya menjalankan program Jalinan Masyarakat dengan jayanya.

Peter
Aktiviti ini amat memanfaatkan bukan sahaja kepada penduduk kampung tapi kepada semua pelajar SPAS juga.. Aktiviti ini dapat membantu mengindahkan lagi alam sekitar samping mengurangkan pencemaran dan pembaziran. Saya dapat maklumat yang baru melalui aktiviti dan berharap dapat membuat kompos di rumah lepas balik rumah pada cuti panjang.
Farah
Dalam aktiviti 'Zero Food Waste' ini saya memperoleh satu ilmu yang baru. Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui akan cara melakukan kompos dengan betul bersama-sama orang kampung. Orang kampung begitu teruja apabila melihat rakan saya menunjukkan cara melakukannya. Saya berharap agar ilmu yang kami perolehi ini disia-siakan. Saya akan praktikkan apabila saya sampai ke kampung halaman saya.
Ziha
Saya begitu bertuah kerana dapat turut serta dalam aktiviti ini bersama orang kampung disitu. Sambutan diterima begitu meriah dari penduduk kampung terutamanya untuk pertandingan mewarna.semangat persaingan juga dapat dilihat dengan jelas diantara kanak-kanak tersebut.ramai juga kanak-kanak di kampung itu yang berbakat dalam mewarna.bagi aktiviti zero food waste ianya juga sesuatu yang baru buat saya bahkan buat orang kampung.ianya mampu memberi idea yang baru kepada penduduk kampung dalam mengurus sisa makanan mereka.tambahan pula,aktiviti ini dapat membuka lagi minda semua tentang penjagaan alam sekitar dari tercemar
Dina
Kempen zero food waste mengajar saya bahawa setiap perkara ada gunanya. Seperti sisa makanan yang boleh dijadikan baja, adalah pengetahuan yang sangat berguna.
Intan
Aktiviti yang sangat menarik. Selain dapat berkongsi ilmu bersama penduduk kampung, kami juga dapat membantu mengurangkan isu pembaziran yang berlaku pada masa kini. Di samping itu, aktiviti mewarna yang dijalankan juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Kampung Sentosa terutamanya kanak-kanak. Saya gembira kerana mereka sangat aktif dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan. Sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua AJK yang terlibat di atas pengalaman ini.

Jia Xin
Kempen sifar sisa makanan ini amat bersesuaian kepada penduduk Kampung Sentosa kerana kebanyakan mereka terdiri daripada petani. Ilmu ini dapat memanfaatkan kehidupan mereka dan memberi kesedaran tentang kepentingan menghargai makanan. Saya dapat melihat mereka amat berminat dalam membuat baja kompos kerana prosesnya mudah. Pertandingan mewarna juga mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa dan kanak-kanak. Mereka seronok sangat apabila menerima hadiah.
Ann Huey
Oleh sebab Kempen 'Zero Food Waste' dan Pertandingan Mewarna dijalankan serentak, saya telah terlibat dengan Pertandingan Mewarna yang disertai oleh kanak-kanak di Kampung Sentosa. Saya berasa amat gembira kerana kanak-kanak yang menyertai pertandingan kelihatan gembira sewaktu mewarna di dalam Dewan Balai Raya. Saya berpeluang berbual-bual dengan kanak-kanak sewaktu pertandingan tersebut dijalankan. Saya berpendapat bahawa pertandingan yang dapat mengumpulkan kanak-kanak haruslah sering diadakan supaya mereka dapat berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, saya berasa kanak-kanak di Kampung Sentosa amat berbakat dalam kesenian kerana kebanyakan daripada mereka pandai mewarna walaupun masih kecil. Walaupun saya tidak terlibat dalam Kempen 'Zero Food Waste', saya berasa kempen tersebut amat berkesan dalam mengurangkan sampah-sarap di kawasan perumahan. Diharapkan masyarakat Kampung Sentosa berasa gembira menyertai program kami.
Afif
Pertandingan mewarna dan aktiviti 'zero food waste campaign' ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat seperti dengan generasi muda, kanak-kanak dan pelbagai lapisan lagi. Aktiviti ini sangat membantu saya untuk lebih yakin bila bercakap dengan masyarakat.
Nabilah
Food waste campaign banyak memberi info yang bermanfaat dan berguna kepada kami dan juga orang kampung. Aktiviti mendemo cara membuat baja kompos juga banyak mengajar orang kampung yang minat bertani untuk membuat baja untuk tanaman mereka. Akhirnya, aktiviti ini membuka mata kita untuk mengurangkam sisa makanan dan menyalurkan sisa makanan ke tempat yang betul.
Hafiza
Aktiviti food waste bagi saya telah berjaya menambat hati penduduk kampung untuk hadir.Saya juga berasa gembira kerana dapat menyaksikan pembuatan kompos dengan jelas di smping dapat menambahkan pengalaman serta pengetahuan dalam hidup saya.Saya juga bangga dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan SPAS. Bagi aktiviti pertandingan mewarna,aktiviti ini telah mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dan kanak-kanak yang hadir.Saya amat gembira kerana mereka datang lebih awal daripada kami.Melalui aktiviti ini,kanak kanak akan lebih bersemangat dan berusaha untuk mencapai kemenangan.Selain itu,saya juga dapat menyaksikan hasil kreativiti yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut.
Edwina
Saya berasa Zero Food Waste campaign ini amat bermakna. Selain itu saya berasa amat lega apabila melihat orang-orang kampung berminat dengan cara membuat kompos yang dapat mengurangkan pencemaran.
Kah Fai
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada lihui dan simleng atas menjayakan program zero foodwaste ini. Saya berasa amatlah gembira kerana dapat menimba ilmu pengetahuan diri saya mempelajari cara membuat kompos ini kerana ini. Saya bersyukur atas sokongan dalam penglibatan warga kampung bagi program ini. Aktiviti ini adalah amat berfaedah dan penting dalam menjaga alam sekitar kita menerusi mengurangkan pembaziran atas apa-apa terutamanya dalam makanan kita dalam hidupan harian. Saya amatlah berharap agar mereka yang menghadiri aktiviti ini dapatlah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam aktiviti ini dalam kehidupan seharian. Bersama-samalah kita mengurangkan pembaziran bagi menjaga alam sekitar yang indah ini.
Jemima
Saya terlibat untuk mengawasi budak tahap 2 untuk pertandingan mewarna. Pada pandangan saya, pertandingan mewarna telah mengajar saya cara mengawasi budak. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan budak tahap 2
Zahira
Pada pendapat saya, zero food waste campaign adalah aktiviti yang bagus di mana kta menggalakkan masyarakat kmpung utk bersama-sama kerajaan mengurangkan sisa makanan sharian kita. Aktiviti ini bukan sahaja mendedahkan masyarakat tentang pntingnya pengurangan sisa mkanan ini malah memberi pendedahan kpd mereka mengenai langkah2 yg bijak utk menjadikan sisa mknan itu sbgai baja kompos. Sya terlibat dalam pertandingan mewarna dan apa yg boleh saya lihat, kanak2 di kampung sentosa mempunyai semangat yg tinggi utk bersaing. Mereka tekun mewarna smua lukisan tersebut shingga habis walaupon poster tersebut agak susah bagi saya namun mereka dpat melakukannya dengan baik untuk menang.
Umi Kalsum
Aktiviti zero food waste sangat la bagus diadakan kerana orang kampung dapat mengurangkan pembaziran dari segi makanan dan wang. Selain itu orang kampung dapat menambah ilmu baharu serta belajar cara untuk mengurangkan pembaziran makanan. Aktiviti pertandingan mewarna memberi faedah kepada anak2 penduduk kampung mencungkil bakat mereka serta berseronok dan mengasah keazaman mereka untuk menang dalam pertandingan itu
Lynda
Saya berasa gembira kerana dapat menyaksikan budak kecil mewarna dengan bersungguh-sungguh Dan bersemangat menggunakan creativiti mereka untuk menghasilkan gambaran yang menarik. Kanak-kanak juga berasa gembira kerana mendapat hadiah yang berguna dan menarik. Walaupun , saya tidak menyertai kempen zero food waste , saya mendapat tahu cara membuat kompos melalui aktiviti ini dan pentingnya tidak membazir makanan.
Robberta
Refleksi yang saya dapat ialah kita seharusnya merancang sesuatu aktiviti yang akan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling dan sentiasa berani mengendali aktiviti tersebut. Contohnya, dalam food waste campaign kita harus berani melontarkan pendapat kita dengan bernas. Selain itu, kerjasama sesama lain amat penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti.
Dalila
Saya berasa seronok apabila melihat komuniti kg sentosa turut sama melakukan aktiviti membuat baja kompos.ini merupakan salah satu platform bagi mendedahkan satu cara menjaga alam sekitar yg dapat memberi manfaat kepada semua. Pertandingan mewarna adalah satu aktiviti yang menarik bagi mendidik kalangan kanak-kanak kecil mengetahui kepentingan alam sekitar. Ibubapa juga tidak berasa bimbang apabila membawa anak-anak mereka kerana mereka dapat menghantar anak-anak mereka menyertai pertandingan mewarna sambil mereka dapat belajar mengenai cara membuat baja kompos.
Aqilah
Aktiviti ini memberi saya satu ilmu baru mengenai kompos secara lebih dekat di mana saya dapat mempraktikkan pembuatan kompos kepada penduduk kampung. Saya bersyukur kerana kami dapat berkongsi ilmu ini bersama penduduk kampung. Semoga aktiviti ini dapat membantu mereka dalam menampakkan hasil tanaman di masa akan datang.
Umi Naziera
'Zero food waste campaign' merupakan satu program yang bermanfaat buat pelajar tahun satu jurusan sains pengurusan alam sekitar dan juga penduduk kampung kerana kami telah menyampaikan ilmu baharu kepada penduduk kampung dengan membuat membuat baja kompos. Program ini juga menyedarkan semua untuk kurangkan pembaziran makanan seperti yang kita tahu pengurangan ini tidak dapat dikurangkan sepenuhnya. Oleh itu, dengan menggunakan sisa makanan dan daun daun kering untuk membuat baja kompos dapat mengurangkan sisa makanan dan juga daun kering dan sentiasa menjaga alam sekitar.
Zakaria
Kempen Sifar Sisa Makanan membekalkan banyak informasi. Saya telah pelajari bahawa jumlah makanan yang dibuang setiap hari sangat tinggi dan saya juga pelajari cara membuat kompos daripada sisa makanan. Saya menikmati dalam pengalaman ini.
Rahina
Daripada aktiviti ini, saya dapat melihat bahawa penduduk Kampung Sentosa sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak sangat berminat untuk menyertai aktiviti ini. Ramai kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna dan jumlah kanak-kanak yang menyertai pertandingan tersebut sebenarnya melebihi 'expectation' kita. Orang dewasa pula berminat dgn ceramah yang diberikan oleh wakil pelajar SPAS iaitu Sim Leng dan Li Hui tentang cara-cara membuat baja kompos. Mereka juga tidak putus-putus bertanya soalan berkaitan dengan baja kompos ini. Seterusnya penduduk Kampung Sentosa turut meluangkan masa mereka untuk melihat demonstrasi pembuatan baja kompos oleh pelajar SPAS.
Soraya
Saya ditugaskan untuk mengendali pertandingan mewarna poster. Program tersebut berjalan dengan lancar dan adik-adik juga ramai yang hadir untuk menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana rakan-rakan memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan program tersebut.
Anis
Pada pandangan saya , zero food waste campaign ini mendatangkan manfaat yg sangat besar kerana ianya telah mengajar penduduk kampung sentosa utk mengurus sampah sisa makanan mereka dengan lebih baik . Selain itu , colouring competition ini telah memberi ruang kepada kanak kanak utk meluangkan masa dgn aktiviti berfaedah sambil mengasah bakat kreativiti mereka.
Sim Leng
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang teklah banyak membantu saya dalam program ini. Pertama sekali saya ingin berteima kasih kepada orang yang mengajar saya cara pembuatan kompos iaitu Nurul Nabilah Shiohimi. Dia ialah daripada satu organisasi yang tidak mengutamakan wang profit yang diperoleh tapi kelestarian alam sekitar. Saya telah menghadirkan bengkel yang diadakan olehnya iaitu "Training of trainers: Zero Kitchen Waste. Composting & Effective Microbe Workshop". Dia ialah seorang yang sabar dan berpengetahuan dan suka berkongsi pengalamannya dalam bengkel itu. Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya yang bersama bertanggungjawab dalam Kempen sifar sisa makanan ini iaitu Li Hui. Dia telah banyak menolong dengan mengingatkan say perkara yang telah saya lupa dan menyelesaikan masalah itu bersama. Dia ada kecerdasan Emosional(EQ) yang tinggi semasa saya menunjukkan ketidaksabaran semasa saya bercakap dengan dia. Bukan itu sahaja, kawan-kawan yang saya sayangi juga perlu dihargai kerana mereka memberikan 100% kerjasama dan sokongan dalam kempen ini. Dalam kempen zero sifar sisa makanan ini, saya teringat balik ucapan yang telah saya disampaikan dengan tonton balik video yang telah didokumentari oleh Dina, saya nampak saya ada mesej yang saya ingin menyampaikan tetapi semasa perlu bertutur dalam Bahasa Melayu, perkataan tidak dapat diucapkan. Saya tahu saya perlu memperbaiki kemahiran pembentangan saya lagi pada masa yang lain. Saya menghargai penduduk kampung yang datang pada hari itu,walaupun hanya sedikit orang yang datang tetapi apa yang penting ialah orang yang datang sudi belajar dan menangani isu sisa makanan bersama. Saya sekadar orang yang mengajar mereka cara pembuatan kompos, saya berharap penduduk kampung dapat meneruskan kerja yang telah saya buat untuk betul-betul mengurangkan sisa makanan yang dihasilkan dalam kampung itu. Saya rasa bersyukur dengan sumber-sumber yang saya ada terutamanya ialah kawan-kawan yang tolong-menolong.

No comments:
Post a Comment