Jumaat (31 Mac 2018)
3.30 petang - 7.00 petang
Kampung Sentosa dan Kampung Rantau Panjang
Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan. Aktiviti ini juga dapat mendidik pelajar memahami kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan dan mengajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya untuk mensyukuri apa yang mereka miliki sekarang.
Program Jalinan Kasih ini merupakan aktiviti ketiga pada hari pertama yang sepatutnya berlangsung pada jam 3.30 petang tetapi dianjakkan masanya ke jam 5.00 petang kerana Majlis Perasmian berakhir agak lewat. Untuk makluman, program ini melibatkan 5 buah rumah yang terletak di Kampung Sentosa dan Kampung Rantau Panjang. Kelima-lima buah keluarga ini terpilih diatas sebab-sebab tertentu.
Rumah Pertama
Lawatan pertama kami iaitu ke rumah Puan Normah bt Karim. Puan Normah merupakan warga tua yang tidak boleh berjalan kerana usianya yang sudah lanjut. Oleh itu, anak-anak Puan Normah tinggal bersamanya di Kampung Sentosa bagi memastikan kesihatan, pakaian, makanan dan keselamatan beliau terjaga. Mahasiswa dan mahasiswi mengeambil kesempatan ini untuk berbual dengan Puan Normah tentang kesihatan dan perkembangannya.
Sim Leng, Edwina dan Chong Bee Lynda berada di halaman rumah Puan Normah bt Karim. |
Anis Farhana terhibur ketika berbual dengan puan Normah yang digelar sebagai wan. |
Nabilah Mahmud yang merupakan warga Kampung Sentosa sangat khusyuk berbual dengan Puan Normah. |
Gambar menunjukkan bahawa Afif sedang berborak dengan tuan rumah pertama yang kami lawati iaitu Puan Normah. \ |
Gambar ini menunjukkan Meerashini, Umi Naziera, Anis Farhana, Nabilah dan Afif yang merupakan wakil mahasiswa Universiti Malaya gembira dapat melawat Puan Normah. |
Rumah Kedua
Lawatan kedua kami iaitu ke rumah Raja Hashim bin Raja Baharom. Beliau tinggal di Kampung Sentosa bersama isteri dan anak-anaknya. Setibanya kami ke rumahnya, kami dapati bahawa Raja Hashim mempunyai seorang anak yang kurang upaya.
Encik Mahmud sedang menceritakan kepada Raja Hashim akan tukehadiran kami ke Kampung Sentosa dan juga perjalanan program kami selama tiga hari dua malam di sana. |
Dr. Rosazlin, Encik Mahmud, Bee Lynda, Rahina, Ng Jia Xin, Aqilah, Kah Fai, Jemaima dan Farah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan keluarga |
Mahasiswa Intan, Dalila, Umi, Afif dan Zakaria serta Encik Mahmud, En Shahrim dan Dr. Rosazlin gembira dapat bertemu dengan Puan Mainah.
Rumah Keempat
Kemudian kami meneruskan lagi ke rumah Puan Sharimah binti Mohktar yang merupakan warga kampung Rantau Panjang yang kurang berkemampuan dari sudut kewangan. Kami dapat melihat kesusahan beliau melalui keadaan rumahnya yang serba kekurangan. Puan Sharimah mempunyai dua orang anak. Anak sulungnya sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur dan anak bongsunya masih di sekolah rendah.
Rumah keempat |
Mahasiswa sedang menceritakan tentang tujuan kami datang ke Kampung Sentosa selama tiga hari dua malam di sana.
Rumah Kelima
Rumah Encik Yusop bin Jasin merupakan rumah yang terakahir kami lawati sebelum kami ke ladang madu. Encik Yusop tinggal bersama isterinya yang tidak boleh berjalan dengan sendiri. Isterinya memerlukan tongkat bagi membantunya untuk berjalan. Melalui maklumat yang diberikan oleh Encik Yusop, isterinya sudah lama berada dalam keadaan begitu dan membuatkan isterinya bergantung sepenuhnya kepada beliau dalam semua hal.
Semua mahasiswa turut mengambil gambar bersama dengan Encik Yusop dan isterinya |
Refleksi
Meerashini
Melalui aktiviti Jalinan Kasih di Kampung Sentosa saya dapat satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa amat sedih apabila melawat orang-orang kampung yang kurang berkemampuan. Oleh itu, saya amat berharap agar mereka hidup sihat walafiat sampai keakhirnya. Akhir kata, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti aktiviti Jalinan Kasih sebahagian daripada program Jalinan Masyarakat.
Jemima
Pada pandangan saya, aktiviti jalinan kasih telah mengajar saya untuk bersyukur dengan apa yang saya ada. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana kita dapat membantu orang yang memerlukan.
Robberta
Refleksi yang saya dapat ialah, kita haruslah bijak melakukan aktiviti yang akan memberi manfaat kepada orang lain seperti jalinan kasih. Kita harus mengetahui aktiviti yang sepadan dengan usia golongan masyarakat yang menjadi sasaran kita. Jalinan kasih dapat memberi kegembiraan dan kepuasan kepada golongan ini.
Umi Naziera
Saya telah mengikuti aktiviti jalinan kasih dimana kami pelajar tahun satu jurusan Sains Pengurusan Alam Sekitar telah menziarahi beberapa rumah di sekitar kg Sentosa dan memberi sedikit sumbangan seperti beras, susu, gula dan sebagainya. Semasa menjalankan aktiviti ini saya berasa amat tersentuh melihat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Senyuman yang diberikan kepada kami membuatkan saya berpuas hati kerana dapat memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka. Dari aktiviti ini juga melahirkan rasa simpati saya buat mereka yang susah dan rasa syukur atas apa yang dikurniakan kepada saya. Saya juga berazam untuk sentiasa membantu mereka yang serba kekurangan pada masa akan datang.
Rahina
Daripada jalinan kasih ini, saya berasa lebih bersyukur dari segi kesihatan dan kemampuan hidup saya sekarang kerana saya dapat lihat lebih ramai orang yang lebih susah, kurang berkemampuan dan tidak sihat untuk menjalani kehidupan mereka dari saya. Namun, mereka tetap dapat hidup bahagia bersama keluarga mereka walaupun dalam keadaan serba serbi kekurangan. Saya juga berasa sangat gembira kerana dapat menyubangkan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Chong Bee Lynda
Saya berasa bersyukur dapat meluangkan masa bersama penduduk kampung disamping memdermakan barang keperluan seharian yang dapat mereka gunakan.
Joyce Edwina
Saya berasa bahawa program jalinan kasih ini amat bermakna kerana kami bukan sahaja memberi bantuan kepada keluarga yang susah dari segi material tetapi juga menunjukkan kepada mereka bahawa kesusahan mereka tidak dilupa oleh lapisan masyarakat yang lain.
Ng Jia Xin
Daripada aktiviti Jalinan Kasih, saya mendapat pengajaran iaitu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Sesetengah orang hidup lebih susah daripada kita tetapi mereka tidak merungut pun. Kita haruslah menghormati setiap insan di bumi ini tanpa mengira taraf kedudukan, warna kulit dan latar belakang mereka. Manusia adalah bersifat visual, hanya apabila kita melihat kesusahan, barulah kita akan berasa syukur.
Nuurdina
Aktiviti jalinan kasih mengajar saya bahawa jika kita ingat kita susah, sesungguhnya ada yang lagi susah dari kita. Saya belajar erti bersyukur daripada aktiviti ini.
Nabilah
Aktiviti jalinan kasih berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Objektif aktiviti ini dapat dicapai iaitu untuk menerapkan rasa bersyukur dalam diri kita dengan memahami kesusahan orang lain. Seterusnya, kami harap dengan bantuan yang telah kami berikan dapat meringankan beban mereka.
Lau Li Hui
Dalam program jalinan kasih, saya berasa amat sedih sebab apa yang kami dapat membantu cuma memberi barang keperluan asas kepada mereka. Bila nampak keadaan kehidupan mereka dan jika dibandingkan dengan diri, saya rasa amat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Saya ingin melakukan lebih banyak perkara untuk mereka seperti berbual-bual dengan mereka dan memasak untuk mereka tetapi disebabkan kesuntukan masa, kami tidak dapat melakukannya. Kelima-lima buah keluarga itu juga meyambut kedatangan kami dengan hati terbuka, ini membuatkan saya rasa terharu dan kalau ada peluang lagi, saya ingin datang lagi ke Kampung Sentosa yang mesra ini.
Anis Farhana
Pada pendapat saya , program jalinan kasih telah membuka mata saya dan menyedarkan saya bahawa kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki . Kita juga harus sentiasa berusaha utk membantu mereka yang memerlukan apabila kita berkemampuan . Saya sangat terharu dan gembira sepanjang aktiviti ini kerana dapat meringankan beban mereka yang memerlukan di kampung sentosa.
Amirah Soraya
Saya berasa sangat gembira kerana dapat bersama-sama mengikuti program jalinan kasih. Program jalinan kasih merupakan satu program yang memberi impak yang tinggi kepada para pelajar kerana kami dapat merasai kesusahan yang dilalui oleh keluarga tersebut. Selain itu, dengan bantuan yang diberikan diharap keluarga yang menerima dapat menggunakan barang-barang tersebut dan diharapkan bebanan yang ditanggung dapat diringankan dengan bantuan tersebut.
Farah Haini
Sewaktu program Jalinan Kasih ini, saya berasa amat gembira melihat wajah-wajah warga kampung yang menerima kunjungan kami ke rumah mereka ketika aktiviti ini berlangsung. Aktiviti ini mengajar saya erti syukur dalam setiap apa yang kita ada seperti kemewahan, kesihatan dan sebagainya. Saya berharap agar sumbangan daripada kami ini dapat meringankan beban keluarga penerima.
Aqilah Hanisah
Sepanjang program ini saya menyedari bahawa kita seharusnya mengambil berat tentang orang di sekeliling kita. Sentiasalah bersilaturrahim agar kita dapat mengetahui keadaan semasa orang di sekeliling kita. Janganlah kita menjadi katak di bawah tempurung. Kita perlu ada sikap mengambil berat dan suka membantu.
Liu Chai Li
Saya berpendapat bahawa program jalinan kasih ini amat penting dalam kursus jalinan masyarakat ini. Melalui program ini, kita dapat berkunjung ke rumah yang benar-benar memerlukan kasihsayang masyarakat. Dari percakapan dan tempat yang mereka diami, saya berasa bersyukur dan lebih menghargai dengan apa yang saya miliki sekarang. Saya amat berharap sumbangan kami dapat sedikit sebanyak membantu mereka dan kunjungan kami dapat menceriakan mereka walaupun hanya sedikit.
Seow Ann Huey
Saya berasa aktiviti seperti jalinan kasih haruslah diadakan dari semasa ke semasa. Hal ini disebabkan oleh sesetengah penduduk di Kampung Sentosa tidak ditemani oleh anak-anak yang telah bekerja di bandar. Mereka memerlukan kasih sayang dan prihatin, bukan sahaja barangan-barangan keperluan. Melalui aktiviti jalinan kasih yang dijalankan, saya berpendapat bahawa kita harus menemani ahli keluarga kita dengan lebih kerap. Walaupun kita amat sibuk dengan kerja dan pembelajaran, kita harus meluangkan masa untuk bersama ahli keluarga.
Norziha
Bagi saya,aktiviti ini sangatlah bagus kerana ianya mampu membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kadangkala kita ada terdetik dan cemburu dengan perkara yang dimiliki oleh orang lain. Apabila saya sertai aktiviti ini saya sedar bahawa masih ramai yang kekurangan dari saya namun mereka masih bersyukur dan gembira dengan kehidupan mereka.
Hafiza
Melalui aktiviti ini,saya berasa amat sedih dan terharu apabila melihat keadaan mereka.Walau bagaimanapun,aktiviti ini juga mengajar saya erti syukur di dalam hidup kita. Saya juga berasa gembira kerana dapat mengurangkan beban mereka walaupun sedikit.
Zahira
Saya berasa seronok dan gembira kerana dapat menyertai aktiviti jalinan kasih ini kerana ia dapat mewujudkan rasa kasih terhadap semua makhluk Allah di bumi ini. Ia menyedarkan saya tentang sifat syukur dengan apa yang dimiliki. Aktiviti jalinan kasih ini secara tidak langsung merapatkan hubungan antara penduduk kampung. Saya juga dapat menikmati keindahan kampung semasa aktiviti ini dijalankan.
Lee Sim Leng
Dengan wujudnya aktiviti ini, kami dapat memberikan sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di kampung tersebut secara percuma. Pada masa yang sama, kami dapat meringankan beban mereka. Kami berharap bahawa mereka mendapat manfaat daripada barang-barang yang kami berikan seperti beras, minyak masak dan sebagainya . Kami juga berharap agar mereka mendapat kesembuhan dan sihat selalu.
Chong Phooi Ni
Dalam jalinan kasih, saya berasa sangat gembira kerana kami dapat membantu keluarga yang susah dalam kehidupan. Saya berasa sedih juga apabila mengetahui keadaaan mereka yang susah dan kurang berkemampuan. Saya harap kami boleh terus membantu orang yang memerlukan bantuan daripada kami dan berkongsi kebahagiaan kami dengan mereka.
Intan Noorazleen
Satu aktiviti yang amat memberi kesan kepada saya. Saya dapat belajar rasa bersyukur dengan apa yang ada, Di samping itu, saya juga belajar tentang kita perlu sentiasa memberi kepada yang memerlukan kerana tidak semua orang hidupnya bernasib baik seperti kita. Melalui aktiviti ini juga, kami dapat mengelilingi kampung dan dapat mengetahui selok belok Kampung Sentosa ini yang juga berdekatan dengan Kampung Sentosa Tambahan dan Kampung Rantau Panjang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ketua aktiviti kerana telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya.
Dalila
Saya berasa bertuah kerana dapat memberi bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan. Kedatangan kami ke rumah mereka sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan buat mereka walaupun tidak seberapa. Saya juga dapat mempelajari rasa syukur yang perlu ada dalam kehidupan walaupun tidak sebanyak mana yang diperolehi.
Umi Kalsum
Aktiviti jalinan kasih ini sangat bagus diadakan kerana saya dapat memberi kesedaran pada diri saya sendiri dan rakan2 yang lain tentang nasib orang yang tidak sebaik atau senang seperti kami supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang seperti kesihatan tubuh badan, kepandaian,ibu bapa yang masih sihat dan lain lain lagi. Selain itu kami dapat berinterkasi dengan keluarga yang susah dlam jalinan masyarakat ini dengn bertanya khabar mereka, berapa orang anak dan sebagainya. Tambahan pula, kami dpat juga mengasah sifat perlu saling bntu membantu diantara kita tidak kira muda,tua,senang atau susah.
Wong Kah Fai
Saya berasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa dengan warga kampung dan dapat membantu serba sedikit kepada keluarga yang memerlukan. Program ini juga telah memberi pengajaran dan kesedaran kepada diri saya supaya bersyukur atas apa yang dimiliki. Ini kerana saya sedar bahawa adanya mereka yang tidak begitu bernasib baik seperti diri saya.
Peter
Saya berasa amat terharu apabila melihat penduduk kampung yang tua dan dalam kesusahan. Ini juga mengajar saya untuk bersyukur dengan apa yang saya ada dan haruslah menghargai semua yang saya ada. Aktiviti ini amat menyentuh hati saya, saya berharap mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan manjadi lebih sihat.
Afif
Daripada aktiviti ini, saya berasa sangat sedih melihat keadaan keluarga ini. Ada yang sudah lebih 90 tahun. Ada yang mengalami masalah pendengaran. Ada yang berpendapatan susah. Saya berasa gembira dapat sama sama meringankan beban mereka dengan sedikit sebanyak sumbangan dan berasa bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini.
Afif
Daripada aktiviti ini, saya berasa sangat sedih melihat keadaan keluarga ini. Ada yang sudah lebih 90 tahun. Ada yang mengalami masalah pendengaran. Ada yang berpendapatan susah. Saya berasa gembira dapat sama sama meringankan beban mereka dengan sedikit sebanyak sumbangan dan berasa bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini.
Zakaria
Jalinan Kasih merupakan aktiviti yang paling saya sukai kerana kami dapat melihat senyuman wajah-wajah yang menerima kunjungan dan sumbangan barangan-barangan keperluan yang penuh di dalam beg. Dan ianya sangat menyentuh hati dan membuatkan saya rasa gembira kerana dapat membuat keluarga tersebut gembira.
No comments:
Post a Comment