Saudara Syaiful Asyraff bergambar bersama penduduk kampung
Saya terkesan dengan kata-kata motivasi dari penceramah dan saya harap penduduk kampung juga merasai perasaan yang sama
Saya mendapat banyak informasi dan lebih pengetahuan tentang perjalanan ketua mppp sebelum memasuki ke Universiti Malaya. Cerita yang dikongsi boleh memotivasikan penduduk kampung terutamanya golongan kanak-kanak yang bakal menjejaki alam universiti.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team ajk yang menjemput saudara asyraff kerana berjaya memberi sedikit pencerahan kepada saya bagaimana untuk merancang masa depan dengan lebih berhikmah dan sedikit sebanyak tips seorang pelajar cemerlang.
Ceramah motivasi merupakan satu program yang baik dan berjalan dengan lancar namun oleh kerana target komuniti iaitu belia dan remaja tidak ramai hadir dan yang hadir adalah kanak-kanak dan yang sudah dewasa, mungkin isi ceramah motivasi tidak begitu sesuai dengan umur mereka. Namun begitu, ramai penduduk kampung memberi maklum balas yang baik dan berasa gembira dengan ceramah tersebut.
Sesi ceramah motivasi banyak memberi kesan terutamanya kepada warga remaja kampung kerana banyak isi-isi yang berguna untuk diambil pengajaran sebagai pedoman hidup untuk terus berjaya. Seterusnya, pengisiannya juga sangat seronok dan sesuai dengan jiwa remaja kampung serta penyampaiannya sangat tenang dan mudah untuk berhubung.
Apa yang saya belajar daripada ceramah motivasi ini adalah kita tak sepatutnya mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Dalam usaha untuk mendapat keberkatan dalam hidup kita mestilah sentiasa patuh terhadap arahan ibubapa dan orang sekeliling kita. Apabila kita melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan kelak. Kita juga seharusnya menghormati orang yang lebih tua kerana restu daripada mereka sangat penting untuk berjaya dalam hidup dan ini adalah jalan terbaik untuk dijadikan panduan ke arah jalan yang benar dalam hidup.
Saya dapat mengetahui sebab-sebab sesuatu ilmu itu tidak berkat dan dapat mengetahui cara-cara untuk berjaya dengan memulakan langkah dari sekarang. Ceramah ini juga dapat membantu memberi semangat kepada adik-adik di kampung sentosa supaya lebih berusaha untuk memperoleh kejayaan dan impian mereka apabila mereka sudah dewasa. Ceramah ini juga dapat membuka mata mereka mengenai cabaran yang mereka hadapi apabila menjejakkan kaki ke menara gading.
Pada pandangan saya ceramah motivasi itu sangat menarik namun tidak sesuai kerana kebanyakan hadirin yang datang adalah di kalangan orang dewasa. Walau bagaimanapun, alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik.
Saya cukup bersyukur dengan adanya ceramah motivasi itu kerana ianya banyak membantu dalam menaikkan semula semangat saya. Segala input dan kisah hidup yang dikongsikan oleh pihak penceramahmembuka mata saya bahawa saya juga boleh berjaya jika saya kuat dan berusaha. Tambahan lagi, penceramah juga ada berkata bahawa kita semua pandai cuma kita sendiri yang membodohkan diri kita. Maksudnya di sini kita perlu yakin dalam mencungkil bakat dan mengasah kepandaian yang kita ada supaya kita boleh menjadi orang yang lebih berjaya.
Daripada ceramah motivasi ini, pengajaran yang saya dapat adalah jangan memandang rendah terhadap kebolehan diri. Apa yang kita buat sekaranglah yang akan menentukan masa hadapan kita. Dalam perjalanan hidup ini, peluang selalu ada, yang kurang ialah keberanian untuk merebutnya. Saya berharap rakan-rakan seperjuangan saya bersyukur dengan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan berusaha menyerlahkan potensi diri.
Saya berasa sangat gembira dan seronok mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Syaiful Asyraff kerana ia dapat memberi semangat kepada saya untuk terus bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
Ceramah motivasi yang lebih kepada perkongsian ini amat menyeronokkan. Suasana yang agak santai dan penceramah yang sempoi menyemarakkan lagi ceramah motivasi ini. Banyak yang saya dapat pelajari daripada beliau, antaranya mulakan langkah dengan secepat mungkin jika ingin berjaya dalam pelajaran juga dalam hidup.
Daripada aktiviti ceramah motivasi ini, ia mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung sentosa. Mereka kelihatan bersemangat untuk mendengar ceramah tersebut dan mereka juga aktif bertanyakan soalan kepada penceramah ketika sesi soal jawab. Pelajar SPAS juga bersama-sama memainkan peranan untuk menjemput dan beramah mesra bersama keluarga angkat mereka.
Pada pendapat saya, aktiviti ceramah motivasi ini telah memberikan banyak informasi yang bermanfaat. Pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah tersebut telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang mahasiswa.
Saya berasa amat bersemangat melalui aktiviti ceramah motivasi yang telah diadakan. Penceramah telah memberi tunjuk ajar yang secukupnya yang akan sangat berguna sepanjang kami belajar di Universiti Malaya.
Ceramah motivasi "Belia, Mulakan Langkah Anda Sekarang" yang disampaikan oleh saudara Syaiful Asyraff merupakan satu ceramah yang amat bermanfaat bukan sahaja kepada kita malahan bagi budak-budak di kampung juga. Menurut En. Syaiful, kita harus belajar bersungguh-sungguh dari sekarang juga untuk mencapai cita-cita. Beliau memberitahu tentang kisah silam beliau dari umur 15 tahun sehinggalah sekarang. Saya amat berharap ceramah ini dapat memotivasikan budak-budak kampung dan juga rakan-rakan saya semua.
Saya berasa ceramah ini amat membantu semua pihak terutamanya kanak-kanak Kampung Sentosa. Mereka harus mempunyai motivasi diri yang tinggi agar tidak mudah berputus asa. Saya yakin ceramah ini dapat membantu mereka secara langsung atau tidak langsung terhadap masa depan mereka. Saya berharap mereka dapat berjaya pada masa depan.
Dalam program ceramah motivasi, saya pelajari bahawa jangan memandang rendah pada diri kita. Seperti yang penceramah kata, bila kita tidak dicabar, kita tidak akan tahu potensi dan bakat diri. Kita boleh mencapai hasrat asalkan kita cukup berusaha dan hanya berfokus pada sasaran kita. Kita kena tentukan satu sasaran kepada diri supaya kita tahu hala tuju kita selepas ini. Daripada pengalaman penceramah, saya juga mula mempercayai bahawa asalkan kita berusaha, kita boleh mengharungi semua rintangan.
Saya berasa ceramah motivasi yang disampaikan amat berkesan dalam memberi semangat dan motivasi kepada para pelajar mahupun orang dewasa. Hal ini disebabkan oleh penceramah telah menyampaikan ceramah berdasarkan kisahnya sendiri bahawa bagaimana penceramah dapat belajar di Universiti Malaya dan menjadi YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya(MPPUM). Kata-kata perangsang yang diberikan oleh penceramah dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh sejak kecil. Ceramah yang disampaikan tidak membosankan dan memberi galakan kepada pelajar untuk rajin berusaha. Diharapkan para pelajar telah mendapat manfaat daripada ceramah motivasi yang dianjurkan dan berjaya dalam hidup.
Pada pandangan saya, ceramah motivasi telah mengajar saya untuk tidak berputus asa apabila kita berhadapan dengan kegagalan, Selain itu, saya juga mempelajari cara untuk belajar dengan efektif.
Pada pendapat saya aktiviti ceramah motivasi ini dapat memberi kesedaran kepada ibubapa serta anak-anak muda agar lebih bersemangat untuk belajar tidak kenal usia sama ada muda atau tua. Selain itu, memberi tips kepada pelajar untuk memudahkan belajar dan mengelakkan perkara yang tidak elok yang boleh menyukarkan kita menghafal dan belajar. Tambahan pula, penceramah tersebut turut menceritakan pengalaman beliau
Ceramah motivasi menjadikan saya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Penceramah juga menyelitkan cabran-cabaran yang dihadapi sebelum beliau memasuki universiti. Melalui isi ceramah beliau, saya mula menyedari serta belajar nikmat kesyukuran atas apa yang berlaku di dalam kehidupan kit. Saya juga dapat melihat kerjasama yang diberikan orang kampung untuk turut serta mendengar ceramah motivasi yang disampaikan. Selain itu juga aktiviti ini dapat menjadikan hubungan ahli SPAS menjadi lebih akrab untuk menjayakan program ini.
Saya berasa sungguh bersyukur dengan kedatangan penceramah atas kesudian memberi ceramah kepada program jalinan masyarakat ini. Saya telah banyak mendapat ilmu, pengalaman dan tips-tips daripada penceramah kepada saya bagi memperbaiki lagi diri saya dan memberi perspektif yang lain mengenai laluan yang saya akan rancangkan pada masa depan. Saya berharap agar semua yang menghadiri ceramah ini terutamanya warga belia kampung agar memperoleh ilmu yang baru dan mampu berjaya dalam masa depan mereka.
Ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Syaiful Asyraff iaitu YDP MPPUM yang bertajuk "Belia:Mulakan Langkah Anda Sekarang" memberikan impak yang besar buat penduduk kampung Sentosa serta kami pelajar tahun pertama jurusan Sains Pengurusan Alam Sekitar kerana dapat menaikkan semangat saya untuk terus belajar dan tidak putus asa dalam mencapai impian dan cita-cita. Ceramah yang diberikan juga meyakinkan saya bahawa permulaan yang kurang baik akan berakhir dengan baik jika ada usaha yang teguh. Saya percaya bahawa setiap orang yang hadir mengikuti ceramah ini dapat sesuatu yang positif untuk terus berusaha.
Mesej yang ingin disampaikan oleh penceramah iaitu pelajar UM itu mengenai cara untuk belajar. Kita harus menggunakan cara yang bijak, kejayaan dalam keputusan bukan sahaja bergantung kepada belajar dengan rajin atau belajar dengan bersungguh-sungguh tetapi kefahaman dan fokus semasa kuliah.
Dalam ceramah motivasi itu, penceramah berkongsi banyak pengalamannya semasa zaman persekolahan. Perkongsiannya memang dapat membawa banyak nilai dan motivasi kepada para hadirin terutamanya kepada budak-budak yang masih bersekolah. Ceramah ini sangat menarik dan penceramah telah berkongsi pengalamannya dalam keadaan gembira dan sentiasa berkomunikasi dengan para hadirin. Saya rasa cara ini berkesan kerana banyak hadirin yang fokus dan aktif bertanyakan soalan.
Saya berasa amat gembira kerana dapat menganjurkan ceramah motivasi ini. Saya berharap kanak-kanak di kampung Sentosa akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita mereka.
Saya suka dengan ceramah motivasi ini kerana ia mengajar saya yang saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang saya kehendaki. Ceramah ini juga mengajar saya bahawa semua orang adalah istimewa dalam cara yang berbeza dan semua orang ada kelebihan tersendiri dalam sesuatu perkara.
Ceramah motivasi ini menyuntik satu semangat untuk saya meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa di universiti. Ia mampu menyedarkan saya bahawa setiap orang mampu dan akan berjaya sekiranya kena dengan gayanya dan berusaha.Saya bersyukur kerana saudara Syaiful Asyraff sudi menerima pelawaan kami untuk berkongsi serba sedikit ilmu beliau dengan penduduk kampung dan juga para pelajar SPAS. Walaupun telah banyak penceramah yang saya hubungi namun jawapan menghampakan , tetapi akhirnya saya dan ajk yang lain dapat juga menjayakan program ini . Alhamdulillah
|
No comments:
Post a Comment