Sabtu (31/3/2018)
9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Padang Bola Sepak Kampung Sentosa
Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk
mengeratkan hubungan antara semua penduduk kampung dan memupuk sifat berdaya
saing yang sihat. Aktiviti ini juga mengajar para peserta tentang kerjasama dan
kepentingannya dalam melakukan sesuatu kerja. Melalui aktiviti ini, peserta
juga boleh melatih fokus mereka semasa bermain di stesen-stesen sukaneka dan
fokus semasa arahan diberi oleh fasilitator. Koordinasi tangan dan mata juga
dapat ditingkatkan melalui aktiviti ini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk
melatih disiplin peserta kerana perlu mengikut peraturan dalam setiap
permainan.
Acara yang pertama ialah bola sepak. Acara ini
bermula pada 8.30 pagi selepas memanaskan badan. Dua kumpulan telah menyertai
acara ini. Kumpulan pertama adalah Kumpulan UM yang terdiri daripada 4 pelajar SPAS dan belia-belia Kampung Sentosa. Kumpulan yang kedua ialah Nurtosa FC. Kumpulan UM memulakan permainan, dan mencuba mencari gol di awal permainan. Namun, Nurtosa FC lebih pantas dan telah menyumbat gol pertama. Kami, Kumpulan UM cuba menyamakan kedudukan apabila telah menjaringkan gol penyamaan tetapi pihak lawan tetap mendahului apabila telah menambah gol yang kedua. Tamat separuh masa pertama, kami berehat selama 10 minit. Selepas itu, kami telah membuat beberapa strategi dengan menukar beberapa orang pemain. Strategi membuahkan hasil apabila kami mendahului dengan 3 gol berbalas 2. tetapi kegembiraan kami tidak lama kerana terleka, pertahanan kami telah membuat kesilapan. Maka, Nurtosa FC telah menambah dua lagi gol menjadikan gol 4-3. Kami tidak berdiam diri dan terus menggelecek mencari ruang untuk menjaringkan gol. Akhirnya, kami seri 4-4 dengan pihak lawan. Di akhir waktu, semasa pihak lawan menyerang, mereka telah membuat kesilapan apabila telah tersentuh bola di dalam kotak penalti. Kami mendapat peluang untuk menjaringkan gol dengan melakukan sepakan penalti. Tamat perlawanan. Kumpulan UM 5 dan Nurosa FC 4.
Pemain sedang mengambil gambar bersama sebelum sepak mula. |
Budak-budak sedang bersorak untuk pemain-pemain bola sepak. |
Dr. Rosazlin sedang memberi sijil-sijil kepada Mohd Solehuddin bin Hussin. |
Pemain-pemain sedang asyik untuk bermain bola sepak.
Kedua-dua pasukan yang bermain dengan penuh semangat.
|
Stesen yang pertama ialah baling botol. Untuk
aktiviti baling botol, pertama sekali setiap kumpulan diminta untuk mengambil
tempat di 6 stesen yang telah disediakan. Fasilitator untuk aktiviti baling
botol ialah saudari Soraya dan Hafiza. Selepas itu, arahan dan peraturan
permainan diterangkan kepada mereka. Setelah memastikan bahawa semua belajar
memahami peraturan permainan, permainan dimulakan. Setiap kanak-kanak beratur
dan bergilir-gilir untuk menjatuhkan kesemua 10 botol yang telah diaturkan
dengan bola yang disediakan. Kumpulan yang berjaya menjatuhkan kesemua botol
boleh bergerak ke stesen berikutnya. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh
kanak-kanak adalah, dengan melakukan posisi sedia dan menyasari terlebih dahulu
sasaran sebelum membaling bola tersebut. Selain itu, bagi kanak-kanak yang
lebih kecil, mereka diberi kelonggaran untuk maju selangkah ke hadapan. Semua
kanak-kanak yang terlibat berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kesemua
botol dengan pantas. Apabila mereka berjaya menjatuhkan kesemua botol, mereka
kelihatan begitu teruja dan gembira untuk pergi ke stesen yang berikutnya.
Kanak-kanak sedang mendengar arahan untuk sukaneka dan bersedia untuk mulakan stesen baling botol.
Stesen kedua ialah isi air dalam botol yang dikendali
oleh saudari Umi Naziera dan Phooi Ni. Selepas memberi arahan dan semua pemain
telah faham apa yang diterangkan, permainan dimulakan. Setiap ahli dalam kumpulan
haruslah bergilir mengunakan span untuk serap air dari baldi dan berlari ke
botol untuk isi air dalam botol. Air itu haruslah sampai garisan yang
ditetapkan untuk menang stesen itu. Pada mula stesen ini ramai kumpulan yang
belum lagi cari cara yang terbaik untuk bermain, ada yang hampir-hampir
masukkan span ke dalam botol. Selepas itu, teknik-teknik yang digunakan oleh
pemain ialah biar air mengalir dari tangan mereka ke dalam botol dan memerah
span dan sasarkan air ke dalam botol. Mereka telah cuba dengan sedaya upaya
untuk mengisi botol dengan air untuk menang. Selepas itu kerana ada kumpulan
yang masih menggunakan teknik yang kurang efektif, kami telah buat keputusan
untuk memberi kumpulan yang mempunyai air yang paling banyak untuk pergi ke
stesen seterusnya.
Kanak-kanak penuh semangat untuk isi air dalam botol.
Knak-kanak bermula untuk bermain isi air dalam botol. |
Kanak-kanak sedang fokus untuk isi botol masing-masing. |
Stesen yang ketiga ialah cari gula-gula dalam tepung.
Untuk aktiviti ini fasilitator yang menjaga stesen ini adalah Umi Kalsum dan
Robberta. Terdapat pinggan yang berisi gula-gula di dalamnya dan diliputi
dengan tepung. Apabila satu kumpulan sudah selesai menyempurnakan permainan di
stesen sebelumnya mereka perlu segera ke stesen kami dan satu kumpulan perlu
mengambil satu pinggan dan setiap ahli dalam kumpulan itu perlu mencari
gula-gula yang dilitupi dengan tepung. Cara untuk mereka mencari gula-gula
dengan meniup tepung dan tangan mereka perlu diletakkan di belakang badan.
Setiap ahli kumpulan perlu mencari satu gula dan bagi ahli kumpulan yang sudah
dapat mencari gula perlu duduk supaya memberi peluang kepada ahli kumpulan yang
belum mencari gula-gula. Apabila semua gula-gula sudah dapat dicari, kumpulan
itu perlu bergerak ke stesen seterusnya.Semua kanak-kanak yang menyertai
permainan ini sangat bersungguh-sungguh meniup tepung bagi mencari gula-gula
agar kumpulan mereka segera ke stesen seterusnya.
Kanak-kanak sedang main mencari gula-gula dalam tepung dengan meniup tepung.
Saudari Meerashini dan Jemima sedang mengajar kanak-kanak cara bermain permainan ini. |
Stesen yang seterusnya ialah kepit bola yang dikendali oleh saudari Zahira dan Li Hui. Untuk stesen ini, setiap kumpulan diberikan satu bola. Bola tersebut perlu dibawa setiap seorang dengan mengepit bola tersebut di celah paha. Setiap pemain tersebut perlu berjalan membawa bola tersebut bermula dari tapak permulaan , dikehendaki berjalan sehingga garisan penamat dan berpatah balik ke tapak permulaan. Setiap pemain perlu bergilir-gilir membawa bola sehingga semua pemain selesai. Pemain perlu menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk membawa bola tersebut tanpa menjatuhkannya sama ada ingin mengepit bola dan berjalan ataupon mengepit bola dan melompat. Kumpulan yang paling pantas dikira pemenang.
Kanak- kanak sedang berusaha untuk bermain kepit bola denagn menggunakan teknik sendiri agar bola tidak jatuh.
Seorang budak sedang cuba untuk mengambil gelung getah dengan penyedut minuman |
Kanak- kanak cuba untuk menyerahkan gelung getah kepada ahli lain. |
Kanak-kanak sedang mengambil gelung getah menggunakan penyedut minuman dan menyerahkan kepada ahli kumpulan yang seterusnya.
Boling padang
telah berlangsung bagi acara yang terakhir bagi aktiviti sukan ini. Acara ini
memerlukan perserta untuk menjatuhkan semua 10 botol yang disusun seperti pin
boling. Peserta akan menggunakan buah kelapa sebagai bola boling dan menggulingkan buah kelapa untuk
menjatuhkan semua botol yang disusun. Terdapat 4 hingga 5 orang dalam satu
kumpulan bagi 5 lorong ini. Acara ini telah dijalankan sebanyak tiga kali dan kumpulan
yang dapat menjatuhkan semua botol dalam masa yang tersingkat akan menang.
Semua kumpulan amat puas hati dan gembira semasa bermain boling padang ini
walaupun cuaca yang agak terik masa itu. Namun, para perserta telah bermain
dengan penuh semangat untuk acara boling padang ini.Akhirnya, Kumpulan 3 (
kumpulan En. Ahmad) serta kumpulan 5 telahpun memenagi tempat pertama dan kedua
bagi acara ini.
Semua pemain sedang bersungguh-sungguh untuk bermain boling padang.
REFLEKSI SUKAN
·
Dina
-Melihat kanak kanak bergembira semasa sukaneka membuatkan saya berpuas hati
dengan program jalinan masyarakat ini.
·
Nabilah-Acara
sukan telah banyak mengajar kami erti kerjasama dan tanggungjawab terhadap
tugas masing-masing. Seterusnya, acara sukan adalah acara paling digemari
kerana kami banyak berhubung dan berkerja sambil berseronok dengan orang
kampung. Selain itu, acara sukan mendapat sambutan paling meriah serta disertai
oleh semua lapisan masyarakat.
·
Soya-Untuk
aktiviti sukan, saya ditugaskan oleh ketua aktiviti untuk menjalankan salah
satu stesen sukaneka, pada pendapat saya, aktiviti tersebut merupakan satu
aktiviti yang baik kerana dapat mengeratkan silaturahim antara para pelajar dan
penduduk kampung, selain itu, semangat kesukanan yang ditunjukkan juga amat lah
baik. Namun begitu, diharapkan pada masa akan datang, saya mencadangkan supaya
salah seorang fasilitator memberi penerangan tentang setiap permainan di setiap
stesen sebelum memulakan sukaneka agar semua adik-adik dapat memahami peraturan
setiap permainan.
·
Robberta-Refleksi
yang saya dapat ialah, kita sewajarnya mengendalikan aktiviti yang dapat
menarik minat orang lain bagi mencapai objektif kita. Seperti aktiviti sukan
yang diadakan berjaya memeriahkan suasana dan memberi kegembiraan kepada
masyarakat sekeliling yang mengambil bahagian. Bukan itu sahaja, ini merupakan
cara terbaik bagi menggalakkan mereka bersukan. Bersukan itu sangat penting
untuk tubuh badan yang sihat.
·
Dalila-saya
dapat melihat kegembiraan adik-adik di
Kampung Sentosa bermain dengan penuh semangat untuk memperoleh hadiah yang
disediakan walaupun cuaca yang agak panas dan mereka juga sangat aktif serta
tidak malu dengan kehadiran kami di Kampung Sentosa ini.
·
Ziha-Saya
cukup berpuas hati dengan aktiviti sukan yang diadakan di Kampung Sentosa pada
minggu lepas. Ini kerana saya dapat melihat kesemua pelajar SPAS dan juga
penduduk kampung cukup bersemangat ketika melakukan aktiviti-aktiviti sukan
tersebut. Kanak-kanak yang hadir juga sangat teruja dan gembira dengan adanya
aktiviti seperti ini. Saya juga amat gembira dimana penduduk-penduduk kampung
sentosa sanggup turun padang dalam menjayakan aktiviti ini walaupun ianya
diadakan di awal pagi.
·
Aqilah-Saya
sangat gembira dapat berinteraksi dengan penduduk kampung melalui acara sukan
ini. Terutamanya apabila dapat bermain bersama adik-adik di mana dapat saya
mengimbau kembali zaman kecil bermain bersama kawan-kawan.
·
Zahira-
aktiviti sukan yang sangat menarik . Sukan dimeriahkan lagi dengan kehadiran
penduduk kampung yang turut serta menyertai sukan tersebut. Ini menunjukkan
semangat kesukanan yang dimiliki oleh penduduk kampung dan pelajar UM sendiri.
·
Lynda-Saya
bersama penduduk kampung bukan sahaja mereka dapat menyihatkan badan tetapi
pada masa yang sama juga mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Saya juga
bersama gembira kerana ini merupakan kali pertama bermain boling padang.
·
Intan-Aktiviti
yang sangat menarik perhatian penduduk kampung. Hal ini kerana aktiviti sukan
ini dihadiri oleh ramai penduduk kampung terutamanya kanak-kanak. Mereka amat
gembira sekali kerana dapat menyertai aktiviti yang kami lakukan ini. Saya juga
berterima kasih kepada ketua aktiviti kerana berjaya menjadikan aktiviti sukan
ini sebagai salah satu 'platform' untuk pelajar SPAS terus akrab dengan warga
Kampung Sentosa ini.
·
Rahina-Daripada
aktiviti sukan ini, saya dapat simpulkan bahawa ianya telah mencapai objektif
JM ini iaitu utk mewujudkan hubungan yg rapat bersama penduduk kg sentosa
kerana mereka degan bersemangatnya mengikuti semua aktiviti sukan yang kita
anjurkan sama ada untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Pelajar SPAS serta
Dr. juga kelihatan tidak janggal untuk bermain bersama penduduk Kampung Sentosa
dan mereka bermain degan sangat gembira bersama.
·
Peter-
Saya berasa amat puas hati apabila melihat kanak-kanak yang sungguh bersemangat
untuk bermain sukaneka. Saya merupakan salah seorang yang bertanggungjawab
untuk acara sukaneka. Memang sangat gembira dapat melihat kanak- kanak dapat
bekerjasama untuk menang setiap stesen. Saya juga berharap kanak- kanak akan
bersenam lebih di luar dan tidak gunakan gajet sahaja. Saya juga amat gembira
kerana dapat bermain bola sepak dengan penduduk kampung walaupun sudah sangat
lama sejak saya main bola sepak.
·
Phooi
ni- Dalam aktiviti sukan, saya berasa gembira apabila tengok banyak
kanak-kanak yang terlibat dalam permainan itu main dengan gembira. Mereka
sangat bijak dan tahu mengguna banyak cara yang kreatif untuk menghabiskan
permainan itu. Saya juga berasa syukur apabila kami boleh bergaul dengan
penduduk kampung dengan gembiranya dan boleh main bersama-sama dalam aktiviti
sukan.
·
Hafiza-Aktiviti
sukan ini menjadikan hubungan saya dan orang kampung menjadi lebih
rapat.Melalui aktiviti bola sepak,saya belajar erti kerjasama dalam sesuatu
perkara terutamanya ketika mereka bermain bola sepak.Walaupun pasukan kami
dianggap sebagai orang luar,mereka tetap baik untuk menerima kami sebagai satu
pasukan.Aktiviti sukaneka dapat menjadikan saya lebih gembira kerana dapat
melayan kerenah budak budak yang pelbagai ragam.Aktiviti ini mengajar saya erti
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai
kemenangan.Aktiviti ini menjadikan hubungan saya dan rakan rakan menjadi lebih
rapat.
·
Jiaxin- Saya berasa
gembira aktiviti sukan bersama komuniti kampung mendapat sambutan yang amat
baik sekali. Kanak-kanak menunggu kami di dewan balairaya awal-awal pagi lagi.
Saya berasa bangga pasukan bola sepak mahasiswa UM memenangi perlawanan
tersebut. Pemenang sukaneka kali ini ditentukan dari segi kepantasan masa dan
keadaan menjadi kelam-kabut. Kami telah mendapat pengajaran dan akan tukar cara
lain pada masa hadapan. Saya amat berbesar hati melihat ibu bapa and anak-anak
menikmati aktiviti ini.
·
Meera-Melalui
aktiviti sukan di Kampung Sentosa saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dengan komuniti Kampung. Saya juga dapat mengajar adik-adik cara main sukaneka
seperti bawa bola pingpong. Bukan sekadar itu, adik-adik juga mengajar beberapa
permainan seperti main bertepuk-tepuk dan main kejar mengejar. Saya juga dapat
mengajar kanak-kanak yang telah menyertai aktiviti sukan supaya bersukan itu
penting untuk kehidupan yang sihat sejahtera. Oleh itu, aktiviti sukan ini dapat memberi manfaat
kepada saya dan juga komuniti Kampung Sentosa.
·
Lihui- Dalam
aktiviti sukan bersama komuniti Kampung Sentosa, saya pelajari bahawa
pengaturan pengaliran permainan berstesen amat penting sebab dalam padang yang
besar, susah bagi kanak-kanak mengenal pasti mana stesen yang seterusnya. Saya
rasa penambah baikkan yang boleh buat adalah labelkan semua stesen supaya
senang pemain tahu stesen seterusnya. Saya juga pelajari bahawa penjelasan
peraturan bagi permainan di setiap stesen hendaklah diberitahu terdahulu
sebelum memulakan permainan supaya tidak menangguhkan masa pemain. Namun
begitu, semua peserta masih bermain dengan gembira dan saya juga turut rasa
gembira dengan mereka. Saya harap permainan begitu boleh diadakan lebih kerap
untuk merapatkan hubungan silaturahim.
·
Zakaria- Aktiviti
sukan amat menyeronokkan. Saya telah bermain bola sepak dengan rakan sekelas
dan penduduk kampung.Ini telah mengajar saya bahawa bermain dalam kumpulan
adalah lebih baik dari bermain seseorangan. Lepas itu, sukaneka untuk
kanak-kanak kampung bermula da saya telah bersorak untuk mereka agar mereka
buat yang terbaik.
·
Farah- Saya berasa
sangat gembira dapat melihat kawan-kawan saya bermain bola bersama warga
kampung. Saya merasakan bahawa pertandingan bola sepak ini memberikan
pengalaman yang baru kepada kawan saya yang telah lama tidak bermain bola
sepak. Saya bersa sangat seronok apabila mengendalikan sukaneka bersama
anak-anak kampung walaupun pertandingan captain ball tidak dapat dilaksanakan
kerana tidak cukup ahli pasukan. Saya berasa lagi seronok kerana dapat main
bersama-sama dengan penasihat Program Jalinan Kasih kami iaitu Dr Rosazlin
Abdullah dalam sukan boling padang. Saya berharap agar dapat bersama-sama lagi
dengan warga kampung dalam sukanenka dan aktiviti sukan yang lebih seronok.
·
Umi
Kalsum- Aktiviti sukan berjalan dengan lancar dan sangat meriah dengan suara
kanak-kanak dan ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka pada
hari itu. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung
dan mahasiswa mahasiswi SPAS.
·
Jemima- Pada
pendapat saya, aktiviti sukan ini sangat berfaedah kerana di samping
mencergaskan tubuh badan , kami dapat menjalinkan silaturahim bersama penduduk
kampung sentosa yang sama-sama terlibat dengan aktiviti tersebut. Penduduk
kampung juga berasa sangat gembira dan teruja semasa bersukan.
·
Ann- Saya
berpendapat bahawa aktiviti sukan haruslah diadakan dari semasa ke semasa di
Kampung Sentosa untuk mengeratkan hubungan antara penduduk di samping
menggalakkan masyarakat bersukan. Hal ini disebabkan oleh semakin ramai
kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti sejak kecil. Dengan aktiviti sukan
dan sukaneka, budak-budak dapat bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain
di samping menyihatkan badan. Aktiviti sukaneka juga dapat melatih
pelajar-pelajar berfikir dengan kreatif. Diharapkan masyarakat kampung gembira
menyertai aktiviti sukan dan sukaneka.
·
Wong- Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan aktiviti sukan ini. Pada mulanya saya amatlah bimbang kerana hujan
pada pagi hari itu, tetapi akhirnya hujan telahpun berhenti sebentar lagi tadi.
Saya berasa amat gembira kerana dapat berseronok dengan warga kampung
terutamanya kanak-kanak itu. Saya juga berasa amatlah penat sekali semasa mengendalikan
aktiviti saya iaitu boling padang. Namun begitu, saya amat berasa amat
memuaskan semasa dapat melihat kegembiraan yang ada di para warga kampung dan
rakan seperjuangan saya. Saya di sini ingin memohon minta maaf atas kesilapan
saya dalam mengendalikan aktiviti ini yang mungkin membawa masalah kepada
sesetengah pihak. Akhirnya, saya amatlah bersyukur dan gembira kerana dapat
menjayakan aktiviti sukan ini dengan lancar dan baik.
·
Sim
Leng- Saya rasa badan saya menjadi cergas selepas aktiviti ini. Saya dapat
menjalinkan hubungan yang rapat dengan penduduk kampung di sana semasa kami
bermain permainan dengan mereka. Mereka dapat seronok dalam aktiviti yang
dijalankan, saya pun rasa berseronok semasa bergaul dengan mereka.
·
Anis-Pada
pendapat saya , aktiviti sukan ini banyak mendatangkan manfaat kerana selain
dapat mencergaskan tubuh badan kami juga berkesempatan untuk merapat silaturahim
bersama penduduk kampung sentosa.
·
Afif-Pada
saya, aktiviti bersukan bersama masyarakat adalah antara aktiviti yang
bermanfaat di samping kita menjaga kesihatan, kita juga dapat mengeratkan lagi
hubungan sesama masyarakat.
·
Umi
Naziera- Saya Umi Naziera telah mengikuti aktiviti bersama komuniti iaitu
penduduk Kampung Sentosa. Melalui aktiviti ini kami pelajar tahun pertama
jurusan Sains Pengurusan Alam Sekitar dapat beriadah bersama penduduk kampung
untuk menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan hubungan bersama penduduk
kampung. Aktiviti sukan juga dapat membuat kanak-kanak gembira bersama kami dan
saya dapat melihat kesungguhan mereka dalam melakukan aktiviti sukaneka. Orang
dewasa juga kelihatan gembira melakukan aktiviti sukan membuatkan saya berasa
amat berpuas hati.
·
Edwina-Semasa
acara sukan bola sepak tengah dijalankan oleh pelajar lelaki kami dengan belia
kampung, saya dapat melihat bahawa sukan dapat menyatukan orang daripada
pelbagai latar belakang. Saya juga gembira melihat kanak-kanak dan juga orang
dewasa bermain sukaneka dan boling padang bersama-sama.
·
Chai
Li- Aktiviti bola sepak berjalan dengan amat lancar. Aktiviti ini bukan
sahaja dapat menyihatkan badan malahan dapat mengeratkan hubungan orang-orang
kampung dengan kami semua. Permainan-permainan stesen juga amatlah berjaya.
Ramai budak kampung yang terlibat dan bermain bersama kami. Daripada wajah
keseronokan mereka, kami dapat merasai bahawa sukan ini merupakan satu
kejayaan. Walaupun terdapat sedikit tidak teratur, semua warga kampung tidak
kira yang tua ataupun yang muda amatlah menikmati aktiviti sukan yang kami
mengatur terutamanya boling padang.
No comments:
Post a Comment