Jumaat (30 Mac 2018)
2.30 petang hingga 3.30 petang
Dewan Balai Raya Kampung Sentosa
Objektif Majlis Perasmian ini diadakan bertujuan untuk merasmikan majlis bersama komuniti Kampung Sentosa sebelum memulakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.
Pada hari pertama, setelah menjalankan Latihan Dalam Kumpulan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, kami telah bertolak ke Kampung Sentosa dan berkumpul di Dewan Balai Raya untuk menjalankan Majlis Perasmian.
Setibanya di Dewan Balai Raya, kami membuat persiapan dan menghiaskan dewan tersebut. Majlis Perasmian dimulakan selepas ketibaan para tetamu khas seperti Pengerusi JKKK Kampung Sentosa, En. Shahrin bin Abd Mutalib dan Pengerusi JKKKP Kampung Sentosa, En. Abd Rahman bin Jamaluddin, Ketua UMNO Cawangan Kampung Sentosa, En. Mahmud bin Karim,Puteri UMNO Cawangan Kampung Sentosa, Cik Norziah bt. Abd Rani serta penduduk Kampung Sentosa.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah kursus Jalinan Masyarakat Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS), saudari Jia Xin, diikuti dengan ucapan daripada Penasihat Program Jalinan Masyarakat SPAS, Dr. Rosazlin bt Abdullah, Ketua UMNO Cawangan Kampung Sentosa, En. Mahmud bin Karim, Pengerusi JKKK Kampung Sentosa, En. Shahrin bin Abd Mutalib dan Pengerusi JKKKP Kampung Sentosa, En. Abd Rahman bin Jamaluddin. Ucapan-ucapan yang disampaikan memberi semangat kepada para mahasiswa untuk menjayakan kursus Jalinan Masyarakat SPAS.
Majlis Perasmian dirasmikan dengan acara pemotongan riben pada banting yang disediakan. Upacara tersebut merupakan permulaan bagi semua aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tiga hari dua malam kami di Kampung Sentosa.
Setelah upacara perasmian dijalankan, sesi penyerahan cenderahati kepada tetamu-tetamu khas telah diadakan. Seterusnya, sesi penyerahan keluarga angkat telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan gembira. Mahasiswa dan ahli keluarga angkat kelihatan gembira berkenalan antara satu sama lain.
Selepas sesi bergambar dengan tetamu jemputan dan keluarga angkat, jamuan ringan telah disediakan untuk para tetamu jemputan. Majlis Perasmian tamat selepas sesi interaksi antara mahasiswa dengan ahli keluarga angkat. Majlis Perasmian tamat agak lewat daripada yang dirancangkan kerana ucapan-ucapan daripada para tetamu jemputan yang agak panjang.
Waktu membuat persiapan dan menghiasi Dewan Balai Raya |
Rakaman suasana Dewan Balai Raya selepas dihiasi |
Pengacara Majlis, Aqilah dan Farah serta Pengarah, Jia Xin (dari kiri ke kanan) |
Ketibaan tetamu-tetamu khas |
Ucapan daripada Pengerusi JKKK Kampung Sentosa, En. Shahrin bin Abd Mutalib |
Ucapan daripada Pengarah kursus Jalinan Masyarakat SPAS, saudari Jia Xin |
Ucapan daripada Pengerusi JKKKP Kampung Sentosa, En. Abd Rahman bin Jamaluddin |
Ucapan daripada Ketua UMNO Cawangan Kampung Sentosa, En. Mahmud bin Karim |
Ucapan daripada Penasihat Program Jalinan Masyarakat SPAS, Dr. Rosazlin bt Abdullah |
Upacara merasmikan Majlis Perasmian |
Banting yang telah dirasmikan sempena Majlis Perasmian |
Penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua UMNO Cawangan Kampung Sentosa, En. Mahmud bin Karim |
Penyampaian sijil penghargaan kepada Pengerusi JKKK Kampung Sentosa, En. Shahrin bin Abd Mutalib |
Mahasiswa mendengar ucapan para tetamu khas dengan penuh perhatian |
Warga Kampung Sentosa yang hadir ke Majlis Perasmian |
Protokol Majlis Perasmian, Chai Li dan Ann Huey |
Jamuan ringan untuk para tetamu khas |
Sim Leng dan Li Hui kelihatan gembira dalam Majlis Perasmian |
Sesi berinteraksi antara mahasiswa dengan keluarga angkat |
Sesi fotografi dengan warga Kampung Sentosa |
Refleksi
Dalila
Saya dapat belajar melihat cara-cara mengendalikan sesuatu acara yang rasmi dalam waktu yang singkat dan juga dapat mengetahui ucapan-ucapan yang diberikan oleh tetamu penting.
Ann Huey
Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengadakan Majlis Perasmian dengan warga Kampung Sentosa. Majlis tersebut merupakan kali pertama kami bertemu dengan warga kampung. Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang belajar ilmu-ilmu protokol dalam majlis rasmi. Sesungguhnya, saya berasa gementar disebabkan oleh ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam Biro Protokol. Selain itu, saya berasa amat gembira kerana dapat berkenalan dengan ahli keluarga angkat saya yang beramah mesra. Saya berpendapat bahawa ucapan-ucapan atau kata perangsang yang disampaikan oleh para tetamu khas dapat memotivasikan kami. Diharapkan warga kampung berasa gembira menyertai Majlis Perasmian.
Nabilah
Acara perasmian berjalan dengan lancar walaupun ada kalanya tidak mengikut tentatif kerana masalah teknikal yang telah berlaku. Seterusnya, acara perasmian telah mengajar kami semua adab dan protokol untuk berurusan dengan orang atasan dan mengendalikan majlis.
Intan
Perasmian majlis yang amat gempak pernah saya kendalikan. Walau bagaimanapun, saya berasa agak gementar kerana ini merupakan program pertama yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa SPAS. Saya juga percaya setiap kekurangan daripada diri saya semasa majlis berlangsung telah dilengkapkan oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain. Jadi, Majlis Perasmian ini bagi pendapat saya amatlah berjaya. Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan serta komuniti Kampung Sentosa.
Robberta
Refleksi yang saya dapat ialah, setiap majlis yang dijalankan hanya akan berjalan dengan lancar jikalau adanya kerjasama dan kecekalan dalam mengendalikan sesuatu program. Oleh itu, sangat penting bagi setiap ahli untuk melaksanakan peranan mereka bagi manjayakan sesuatu program. Lagi penting, kita perlulah sentiasa mempunyai alternatif bagi menyelesaikan masalah yang tidak diundang bagi memastikan program tersebut masih berjalan seperti yang dirancang.
Aqilah
Majlis Perasmian agak tidak teratur kerana saya selaku pengerusi majlis belum mempunyai pengalaman mengacara sebuah majlis rasmi. Namun ia merupakan sebuah pengalaman manis yang menjadi satu platform untuk saya menggilap bakat sebagai seorang pengacara majlis. Selain itu, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama penduduk kampung melalui sesi suai kenal dengan keluarga angkat saya sendiri dan kawan-kawan yang lain.
Dina
Saya bersyukur semua orang memberi kerjasama yang baik semasa perasmian dijalankan
Zahira
Majlis Pembukaan dan Perasmian yang mengagumkan dan berjalan dengan lancar yang dihadiri oleh jawatankuasa tertinggi kampung serta penduduk kampung yang turut hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Pembukaan dan perasmian kursus Jalinan Masyarakat SPAS 2017/2018.
Lynda
Saya berasa teruja semasa Majlis Perasmian kerana masa tersebut adalah kali pertama yang kami mengenali ibu angkat kita dan juga mengenali penduduk kampung yang kami akan meluangkan masa bersama.
Ziha
Saya berpuas hati dengan acara pembukaan majlis Jalinan Masyarakat di Kampung Sentosa pada hari tersebut. Ini kerana semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dari penduduk kampung. Saya juga cukup gembira kerana pada hari tersebut saya dihadiahkan dengan seorang keluarga angkat yang menjaga saya sepanjang tempoh tiga hari saya berada di kampung tersebut.
Rahina
Daripada aktiviti Majlis Perasmian ini, saya dapat melihat kegembiraan penduduk kampung yang mengalu-alukan kedatangan kita ke sana. Mereka sudi untuk menjadi keluarga angkat untuk 29 pelajar SPAS dan mereka meletakkan harapan yang tinggi pada program ini supaya dapat menyumbangkan sesuatu kapada kampung mereka serta anak muda kampung itu. Selain itu, pelajar SPAS termasuk diri saya juga berasa sangat teruja kerana dapat mewujudkan satu perhubungan yang baru bersama keluarga angkat mereka.
Chai Li
Majlis Perasmian merupakan majlis formal yang pertama kita mengadakan di Kampung Sentosa. Ramai dalam kalangan kita tidak pernah berkunjung ke Dewan Balai Raya dan menyebabkan Majlis Perasmian ini kelam kabut dan tidak dalam keadaan teratur. Saya sebagai protokol pula tidak mengetahui cara yang sepatutnya untuk menjemput VIP, mengiring, memastikan majlis berjalan dengan lancar dan sebagainya. Namun, hal ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga kepada saya. Walaupun majlis ini tidak berjalan seperti mana yang dirancang, saya barasa amat gembira kerana pada hari tersebut saya dapat berkenalan dengan mak angkat saya.
Li Hui
Bagi Majlis Perasmian, saya pelajari kepentingan kepanjangan ucapan kita harus bergantung kepada masa yang diperuntukkan. Daripada ucapan mereka, saya pelajari cara memberi permulaan ucapan yang betul. Semua penduduk sambut kedatangan kami dengan mesra dan kami yang terasa asing dengan kampung ini pun tiba-tiba rasa mesra dengan penduduk kampung.
Jia Xin
Saya amat bersyukur Ketua Kampung, ahli jawatankuasa dan warga kampung dapat hadir untuk memeriahkan majlis perasmian. Walaupun perjalanan Majlis Perasmian kurang lancar, tetapi kami boleh menyempurnakannya dengan adanya pertolongan daripada pelbagai pihak. Perasmian keluarga angkat juga dilaksanakan dalam suasana yang gembira.
Meera
Sebelum mulakan kursus Jalinan Masyarakat di Kampung Sentosa kami telah terlibat dalam Majlis Perasmian kursus Jalinan Masyarakat. Melalui perasmian ini saya dapat mengetahui semua ahli jawatankuasa di kampung tersebut. Selain itu, saya juga dapat peluang untuk berkomunikasi dan bersalam-salam bersama komuniti kampung yang turut sertai dalam Majlis Perasmian.
Hafiza
Acara pembukaan majlis ini telah dapat menyatukan kami semua sebagai ahli SPAS. Hal ini kerana kami bertungkus-lumus untuk menyiapkan dewan untuk majlis ini. Melalui majlis ini,saya dapat mengenali JKKK dan JKKKP kampung dengan lebih rapat. Selain itu, kami juga telah mengenali mak angkat kami sepanjang program ini dijalankan. Acara pembukaan majlis ini banyak memberi kesedaran kepada saya untuk lebih bersemangat untuk menjalankan aktiviti sepanjang kursus ini berlangsung.
Umi Kalsum
Pada pandangan saya Majlis Pembukaan berjalan dengan lancar pada petang itu. Mahasiswa berkerjasma menyusun kerusi dan menghias Dewan Balai Raya Kampung Sentosa agar lebih meriah dan cantik. Selain itu, sepanjang Majlis Pembukaan dijalankan tiada sebarang masalah atau gangguan dari segi teknikal atau VIPNdatang lewat.
Peter
Saya berasa pembukaan majlis untuk kursus Jalinan Masyarakat berjalan dengan agak lancar walaupun mempunyai sedikit masalah. Saya berasa amat teruja kerana kami akan memulakan kursus Jalinan Masyarakat kami dan berhubung dengan penduduk di Kampung Sentosa. Ketua Kampung juga memberi ucapan yang amat bermakna dan suruh kami untuk mengejar ilmu di akhirat juga bukan hanya mempunyai ilmu untuk akademik.
Farah
Saya berasa sangat tidak sabar menantikan Majlis Perasmian Pembukaan kursus Jalinan Masyarakat ini. Saya gembira dapat bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian sebagai pengerusi majlis untuk majlis tersebut.
Edwina
Saya berasa sedikit gementar semasa Majlis Perasmian. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa kami telah membuat persediaan yang mantap untuk manjalankan kursus Jalinan Masyarakat ini.
Kah Fai
Saya berasa amatlah bersyukur kerana mendapat kerjasama para rakan seperjuangan saya dalam menjayakan Majlis Pembukaan ini. Saya amatlah bimbang sebelum ini kerana inilah kali pertama saya berjumpa dengan warga kampung dan seterusnya berjumpa dengan keluarga angkat saya. Saya ingin memohon maaf aras segala kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang majlis ini.
Jemima
Pada pandangan saya, Majlis Pembukaan sangat menarik kerana telah menemukan kita dengan ramai penduduk. Kita dapat berkenalan dengan keluarga angkat dan ramai orang baru semasa Majlis Pembukaan.
Anis
Pada pendapat saya , aktiviti Majlis Perasmian ini penting kepada kursus Jalinan Masyarakat untuk memberitahu kehadiran kami ke Kampung Sentosa sambil beramah mesra dengan penduduk Kampung Sentosa sebelum meluangkan masa selama 3 hari 2 malam bersama mereka.
Umi Naziera
Perancangan majlis ini memerlukan tenaga dari semua pelajar tahun satu jurusan Sains Pengurusan Alam Sekitar. Dalam melaksanakan majlis ini, saya mendapat pengalaman baru dalam menguruskan majlis dan menyediakan makanan untuk vip dengan penuh tatatertib. Saya juga belajar banyak perkara baru dalam bidang protokol bagi memastikan majlis bejalan dengan lancar.
Sim Leng
Saya rasa menguja dan gementar semasa Majlis Pembukaan kerana ini bermaksud program-program yang kami sediakan akan berjalan tidak lama lagi, saya tidak ada keyakinanan yang tinggi untuk program sendiri .
Soraya
Sewaktu Majlis Pembukaan , saya ditugaskan di dalam bidang logistik iaitu untuk mengemas dan menyusun dewan. Saya rasa sangat bersyukur kerana mempunyai rakan khusus yang prihatin dan ringan tulang untuk membantu mengemas dewan supaya majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang oleh ketua aktiviti, namun majlis tersebut berakhir sedikit lewat.
Phooi Ni
Dalam Majlis Perasmian, saya berasa teruja dan gembira kerana kami bakal menjalankan aktiviti selama tiga hari di kampung ini. Saya juga berasa gembira apabila berjumpa dan berkenal dengan wan pertama kali. Saya juga boleh merasa orang di kampung ini sangat mesra.
Afif
Majlis Pembukaan berjaya dijalankan dan saya berasa bangga dan gembira dapat bersama-sama membantu rakan-rakan saya dalam menjayakan kursus ini sebagai ahli biro protokol dan sebagai pelajar mahasiswa Sains Pengurusan Alam Sekitar.
Zakaria
Majlis Pembukaan yang diadakan amat seronok kerana ucapan yang disampaikan telah memberi semangat kepada saya untuk berusaha menjayakan semua aktiviti sepanjang masa kursus Jalinan Masyarakat dijalankan. Suasana Majlis Pembukaan amat gembira dan saya menikmati mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan. Selain itu, saya berasa amat gembira kerana dapat berkenalan dengan ibu angkat saya.
No comments:
Post a Comment