Ahad (1/4/2018)
2.00 petang
hingga 5.00 petang
Rumah kebajikan Sri Sayang, Hulu Selangor
Objektif
aktiviti ini bertujuan untuk menziarahi Rumah Kebajikan bagi mengeratkan
hubungan silaturrahim antara mahasiswa dan mahasiswi dengan warga orang tua dan
beberapa orang kelainan upaya di Rumah Kebajikan Sri Sayang. Objektif aktiviti ini juga berasakan tema Jalinan Masyarakat tahun 2017/2018 iaitu "WE LOVE, WE CARE, WE SHARE, WE ENGAGE". Selain itu, aktiviti
ini juga diadakan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam
diri mahasiswa dan mahasiswi untuk menjayakan aktiviti ini dengan sempurna. Aktiviti
ini juga dapat mendidik pelajar memahami kesengsaraan yang dihadapi oleh
golongan warga tua dan orang kelainan upaya. Ia juga mengajar mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Malaya untuk menjaga ibu bapa mereka dengan baik pada
waktu uzur mereka.
Rumah Kebajikan Sri Sayang
Aktiviti lawatan
ke rumah kebajikan ini merupakan aktiviti terakhir sebelum mahasiswa dan
mahasiswi bergerak pulang ke Universiti Malaya. Aktiviti ini bermula pada pukul 2.30
petang disebabkan oleh perjalanan yang agak jauh dari Kampung Sentosa. Setelah tiba
di Rumah kebajikan Sri Sayang semua pelajar bersalam-salaman dengan semua warga tua dan
orang kelainan upaya. Selepas itu, kerusi telah disusun di hadapan ruang
halaman Rumh Kebajikan oleh pelajar. Semua warga tua yang boleh berjalan dijemput duduk untuk
sesi kenal-kenalan. Selepas sesi kenalan bersama warga tua dan orang kelainan
upaya, pelajar telah dipisahkan kepada dua kumpulan untuk aktiviti seterusnya. Iaitu
aktiviti memasak dan aktiviti meluangkan masa dan sesi berbual bersama warga di
rumah kebajikan itu. Ada juga sebahagian pelajar terlibat dalam membersihkan
persekitaran kawasan rumah kebajikan itu.
Ketibaan di Rumah Kebajikan Sri Sayang
Pelajar telah menyusun kerusi untuk sesi kenal-kenalan
Warga tua yang telah menyertai sesi suai kenal-kenalan
Disamping itu,
bagi aktiviti meluangkan masa dan sesi berbual bersama warga di rumah kebajikan
pelajar dapat mengajar dan menyanyi bersama warga tua. Selain itu, pelajar juga
dapat mengajar beberapa 'cheers' yang telah mengembirakan lagi suasana di Rumah Kebajikan.bukan iyu sahaja, ada juga pelajar berbual-bual bersama warga di Rumah Kebajikan itu tentang kisah kehidupan mereka sebelum ini. Beberapa pelajar juga dapat membantu membersihkan kawasan Rumah Kebajikan itu
dengan baik.
Nabila bersama warga tua
Peter dan Edwina bersembang dengan seorang lelaki yang berkelainan upaya
Ziha,Hafiza dan Dahlila bersama seorang warga tua yang peramah
Merashini dan Jemima bersembang dengan atuk ini
Aqilah dan Intan bersembang dengan nenek ini
Pelajar menyanyi dan bersembang dengan nenek ini
Persembahan tarian cina oleh Lynda dan Sim Leng
Beberapa pelajar menyanyi bagi meriahkan suasana
Peter dan Nabila sedang mengemop lantai dengan bersih
Pelajar telah menyapu bilik tidur
Bagi aktiviti
memasak, pelajar telah dibantu oleh seorang pekerja di Rumah Kebajikan untuk
menjayakan aktiviti ini. Mereka telah memasak bihun goreng dan membancuh teh
panas. Tujuan aktiviti ini adalah untuk makan petang bersama warga Rumah Kebajikan itu. Selepas makanan
disediakan, pelajar turut terlibat dalam menyuap makanan tersebut kepada orang
tua dan orang kelainan upaya yang tidak berkemampuan untuk berjalan.
Soraya memasak bersama seorang 'Aunty' (pekerja)
Makanan telah dihidangkan kepada semua warga tua dan orang kelainan upaya
Afif menyuap bihun kepada seorang abang yang tidak dapat berjalan
Setelah selesai
meluangkan masa bersama warga di rumah kebajikan sri sayang, sesi bergambar
telah diadakan sebagai tanda kenangan. Sebelum mengakhiri aktiviti lawatan ini,
Penasihat Program Jalinan Masyarakat SPAS, Dr. Rosazlin bt Abdullah telah
memberi sijil penghargaan kepada wakil Rumah kebajikan Sri Sayang dan sebaik
sahaja itu, semua pelajar bersurai dengan hati yang berat setelah meluangkan masa
bersama warga Rumah Kebajikan yang amat dikasihi. Tepat pada pukul 5 petang, mahasiswa dan mahasiswi
bersama penasihat SPAS berangkat dari Rumah kebajikan itu. Cuaca juga agak
mendung pada waktu semua mahaiswa dan mahasiswi berangkat.
Gambar kenangan bersama warga Rumah Kebajikan Sri Sayang
Penghargaan diberi oleh Penasihat Program Jalinan Masyarakat SPAS, Dr. Rosazlin bt Abdullah
Refleksi
Merashini
Melalui aktiviti lawatan ke Rumah Kebajikan, saya dapat satu pengalaman yang amat berharga dan mendalam. Saya rasa amat sedih apabila melawat orang-orang tua yang telah dipingirkan oleh anak-anak mereka atau sebab lain. Oleh itu, saya amat berharap agar mereka dapat hidup sihat walafiat sampai akhirnya. Akhir kata, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti aktiviti ini untuk menghormat-hormati jasa mereka.
Jemima
Pada pandangan saya, aktiviti di rumah kebajikan telah mengajar saya erti bersyukur. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan orang yang kurang berkemampuan dan juga orang tua.
Robberta
Refleksi yang saya dapat ialah kita haruslah bersatu bagi menjayakan sesuatu program yang telah dirancang. Kita juga haruslah beramah mesra dengan baik terutamanya kapada golongan orang tua yang memerlukan kasih sayang.
Umi Naziera
Melalui lawatan ke Rumah Kebajikan Sri Sayang, saya dapat berinteraksi dengan warga emas dan golongan orang kurang upaya. Ini dapat melahirkan perasaan simpati terhadap mereka serta rasa syukur atas apa yang dimiliki kerana masih ramai lagi yang hidup serba kekurangan. Pada lawatan ini kami telah menyediakan makanan untuk mereka dan apabila melihat mereka suka dan tersenyum menjamu selera, saya berasa amat gembira kena telah membuat mereka bahagia.
Rahina
Daripada aktiviti di rumah kebajikan ini, saya dapat melihat dan rasa kesusahan orang lain. Dalam rumah kebajikan itu merangkumi warga emas, OKU dan anak yatim. Mereka semua kelihatan gembira dengan kehadiran kami di sana. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan dengan mereka antaranya ialah masak dan makan bersama serta berinteraksi dengan warga emas. Selain itu, kami juga melakukan persembahan iaitu menyanyi dan menari kepada mereka. Ada juga pelajar SPAS yang menyuap beberapa orang warga emas dengan penuh kasih sayang, mengurut mereka dan berkongsi cerita dengan mereka. Ramai yang telah tersentuh hati dan berat hati untuk meninggalkan rumah kebajikan Sri Sayang setelah tamat program termasuk saya sendiri. Saya berharap agar kehadiran kami di sana telah memberikan kenangan manis buat mereka.
Chong Bee Lynda
Saya bersyukur kerana mendapat peluang melawat rumah orang tua untuk Kali pertama. Saya juga memahami pentingnya menjaga ibu bapa Dan orang yang lebih tua Daripada kita , menghormati Dan manghargai jasa mereka.
Joyce Edwina
Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat melawat orang orang tua dan orang kurang upaya di rumah kebajikan sri sayang. Saya berasa gembira kerana dapat menemani mereka dan menghibur mereka. Melihat senyuman pada muka mereka menjadikan hati saya gembira. Tetapi saya pun berasa sedih dan risau terhadap mereka kerana saya tidak tahu apa yang akan menjadi terhadap mereka setelah kami meninggal mereka. Semoga mereka bahagia.
Ng Jia Xin
Saya berbesar hati kami mempunyai peluang untuk melawat rumah kebajikan ini. Saya berpendapat bahawa aktiviti inilah yang memberi pengajaran yang paling besar kepada mahasiswa-mahasiswi. Kita haruslah bersyukur kita dilahirkan dengan tubuh badan dan minda yang sihat. Apabila melihat keadaan warga rumah kebajikan, barulah kami sedar bahawa terdapat golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan kasih sayang dan pertolongan kami. Saya berasa gembira kami dapat membawa kegembiraan kepada mereka walaupun masanya singkat. Selepas ini, ingatlah bahawa kita masih ada ibu bapa dan datuk nenek di rumah yang mesti kita taat.
Nuurdina
Ketika berada di rumah kebajikan, saya berasa bahawa saya perlu menjaga ibu bapa dan mengambil berat tentang atuk nenek saya dengan lebih baik
Nabilah
Aktiviti di rumah kebajikan memberi impak yang besar kepada kami. Cerita cerita yang dikongsi oleh mereka menyentuh perasaan kami sehingga ada yang mengalirkan air mata. Ada diantara mereka yang sakit dan ini menambah rasa pilu di hati kami. Walaubagaimanapun kami tetap berseronok bersama mereka dengan menyanyi dan menari.
Lau Li Hui
Dalam aktiviti menjenguk rumah kebajikan dan anak yatim, saya ditugaskan untuk berinteraksi dengan orang tua. Ada seorang pak cik yang suka dengar lagu Tang Shi Shen jadi saya pun cari lagu itu dan memainkan untuk dia. Saya dapati pusat itu tidak ada TV dan sebarang aktiviti hiburan untuk mereka. Saya rasa sedih jadi saya cuba untuk memeriahkan suasana dengan menari dan menyanyi untuk mereka. Bila nampak mereka yang senyum dengan gembira, saya pun turut rasa gembria untuk mereka. Saya berharap kalau ada peluang lagi, saya akan datang menjenguk mereka lagi dan memainkan lagu untuk mereka.
Anis Farhana
Pada pendapat saya , lawatan ke rumah kebajikan telah memberi peluang kepada kami utk meluangkan masa bersama warga emas di rumah tersebut . Kami berasa sgt gembira dpat melihat mereka tersenyum apabila kami menyanyi dan menari utk mereka .
Amirah Soraya
Saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan warga tua dia rumah sri sayang. Saya ditugaskan oleh ketua aktivti untuk memasak, dan saya berasa sangat seronok apabila warga rumah sri sayang menikmati makanan yang kami masak. Selain itu, lawatan ke rumah sri sayang juga membuat saya bersyukur dan lebih menghargai keluarga dan warga tua.
Farah Haini
Pada mulanya saya menjejakkan kaki ke Rumah Kebajikan Sri Sayang ini saya merasa sangat sedih melihat ramai warga-warga tua dan orang kurang upaya di situ. Saya berasa kasihan melihat mereka yang kurang upaya yang tidak boleh berjalan. Tetapi saya berasa sangat gembira dapat bersama-sama dengan mereka, melayan mereka, menghiburkan mereka dengan tarian, nyanyian dan lain-lain lagi. Saya suka melihat gelagat rakan-rakan saya melayan mereka. Saya berharap agar kami dapat mengetahui akan setiap perkembangan mereka setelah kepergian kami dari sana.
Aqilah Hanisah
Melalui aktiviti di rumah kebajikan Sri sayang, saya dapat belajar cara berinteraksi dengan orang yang berlainan etnik, warga emas dan kanak2. Saya belajar untuk lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa.
Liu Chai Li
Ini merupakan kali kedua saya melawat ke rumah orang tua. Ramai rakan saya yang terlihat orang-orang tua yang sakit dan mempunyai masalah pergerakan mempunyai perasaan yang amat sedih. Mereka teringat akan ibu bapa mereka yang berada di rumah. Masih saya ingat lagi semasa saya mempelawa seorang orang tua untuk sama-sama menyaksi persembahan yang dibawa oleh kami, beliau menjawab “usahlah layan saya, saya sudah pun nak mati…” saya berasa amat terkejut dan sedih. Saya juga bersembang dengan mereka untuk mengetahui kegiatan harian mereka di rumah kebajikan. Menurut mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang tertentu kecuali makan dan mandi. Secara tiba-tiba saya teringat akan ibu ayah saya yang berada di rumah. Lawatan ini memberi satu pengajaran penting kepada saya supaya lebih menghargai ibu bapa saya.
Seow Ann Huey
Lawatan ke Rumah Kebajikan Sri Sayang merupakan kali pertama saya melawati rumah kebajikan. Saya berasa amat sedih melihat keadaan orang-orang tua di rumah kebajikan. Saya berasa mereka memerlukan kasih sayang and prihatin yang mencukupi. Oleh itu, saya berasa aktiviti seperti melawati rumah kebajikan haruslah diadakan dari semasa ke semasa. Semua pihak perlu berganding bahu untuk menambah baik taraf kehidupan setiap lapisan masyarakat termasuklah orang-orang tua. Diharapkan orang-orang tua di rumah kebajikan berasa terhibur dengan kedatangan dan persembahan yang kami adakan.
Norziha
Saya berasa begitu gembira kerana dapat turut serta dalam aktiviti melawat ke rumah orang tua sri sayang.dari lawatan tersebut,saya dapat belajar agar lebih menghargai kedua ibu bapa saya.ini kerana saya dapat merasakan kesedihan yang menyelubungi diri setiap orang tua disitu apabila ditinggalkan anak mereka di rumah itu.saya juga belajar agar mencari lebih banyak masa untuk kedua ibu bapa saya agar mereka sentiasa rasa disayangi dan dikasihi oleh saya.
Hafiza
Hafiza:Rumah kebajikan telah membuat saya rasa gembira kerana dpat menggembirakan hati warga emas di rumah kebajikan tersebut.Sya juga berasa simpati terhadap nasib mereka.Saya berasa amat terharu kerana mereka sanggup melayan kami walaupon masalah pertuturan bahasa melayu yang mereka tidak faham.Saya juga gembira kerana dapt berbakti walaupon sedikit kepada mereka.
Zahira
melawat rumah kebjikan adalah satu aktiviti yang mulia dimana kita mendekatkan diri dengan orang sekeliling. Malah kita jaga dpt mengisi kekosongan hati ibu-ibu dan bapa-bapa yang berada di sana. Ia juga dapat mendidik diri saya untuk mnyayangi dan berbakti kepada ibubapa.
Lee Sim Leng
Saya rasa kami perlu selalu berkunjung rumah kebajikan itu dan bukan hanya pergi sekali sahaja. Semasa kami nak bertolak balik ke UM, satu orang tua berkata jangan pergi dengan awal, saya boleh rasa mereka nak kami tinggal di sana lama sedikit untuk bersembang dan berbual-bual dengan mereka. Dalam rumah itu, mereka kekurangan teman yang sesuai untuk bercakap kerana sesetengah orang yang cacat dan tidak dapat berkongsi pandangan. Tambahan pula, mereka kekurangan hiburan dalam rumah itu ,tiada satu pun TV di sana untuk ditonton. Apa yang mereka lebih perlu ialah prihatin orang lain bukan benda dan wang yang diderma.
Chong Phooi Ni
Intan Noorazleen
Aktiviti yang sangat memupuk rasa rendah diri di dalam kalangan mahasiswa. Saya berasa gembira kerana dapat menghiburkan hati penghuni-penghuni rumah kebajikan ini. Walaupun mereka tidak mengenali kami, namun mereka melayan kami sebaik mungkin. Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama mereka dengan lebih lama kerana kekangan waktu. Saya berharap satu hari nanti kami dapat melawat ke sini lagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK yang menguruskan aktiviti ini kerana telah berjaya melaksanakan tugas ini dengan sempurna.
Dalila
saya berasa bertuah apabila saya dapat melawat rumah kebajikan sri sayang kerana kedatangan kami disambut baik oleh mereka. saya melihat mereka kelihatan gembira dan ceria apabila kami berborak-borak dan menyanyikan lagu untuk mereka.saya berasa seolah-oleh dekat dengan mereka dan memahami situasi yang dialami oleh mereka. mereka juga sangat peramah orangnya dan suka mengukirkan senyuman kepada kami.
Umi Kalsum
Lawatan ke rumah kebajikan sri sayang ini sangat la bagus diadakan dlam program jalinan masyarakat kerana kita dapat memberi pengalaman dan pengajaran kepada diri kita sendiri agar jganlah mengabaikan ibubapa,anak dan saudara kita walaupun mereka kurang upaya atau sakit. Mereka juga memerlukan kasih sayang daripada orang lain. Selain itu, lawatan pelajar spas dpat membantu penjaga memasak makanan di rumah sri sayang dan menyuap makanan kepada warga sri sayang merupakan perkara yang baik.
Wong Kah Fai
Saya berasa sungguh bersyukur kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang begitu bermakna ini. Saya telah banyak memperoleh hasil daripada aktiviti ini. Kita haruslah sentiasa mengambil berat kepada mereka yang memerlukan. Kita juga harus menghormati dan menyayangi warga golongan tua. Janganlah kita meninggalkan ahli keluarga kita sendiri ke rumah kebajikan, sayangilah warga tua keluarga kita kerana merekalah yang telah banyak mencurah kasih sayang kepada kita agar kita berjaya pada hari ini. Setelah bergaul dengan warga dari rumah kebajikan ini , saya dapat melihat bahawa mereka amat gembira atas pergaulan dengan kita, adanya mereka yang terharu kerana menginati zaman masa mereka kecil dulu dan adanya yang seronok bermain dengan kita. Selain itu, saya berharap agar bukan kita sahaja, golongan belia , tetapi golongan msyarakat lain dapat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini lagi kerana golongan inilah amat memerlukan kasih sayang dan jagaan daripada masyarakat. Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada rakan seperjuangan saya atas kesilapan yang telah saya buat sepanjang aktiviti ini.
Peter
Aktiviti ini amat menyentuhkan hati saya apabila melihat makcik dan pak cil yang tinggal di sini. Selepas bersembang dengan mereka saya dapat tahu bahawa kadang-kadang kehidupan memang tak adil. Saya juga belajar untuk menghargai setiap detik yang saya ada dengan orang kesayangan, kerana kita tidak akan tahu apa akan berlaku selepas itu. Saya berharap agar semua yang di sana dapat hidup dengan bahagia dan mempunyai kekuatan untuk mengatasi kesedihan mereka.
Zakaria
Rumah Kebajikan adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini merupakan kali pertama saya di situ dan saya mempelajari cara mereka bekerja. Saya amat gembira dapat berinteraksi dengan warga emas dan membuatkan hari mereka lebih gembira.
Afif
Saya berasa sangat gembira dapat meluangkan sedikit masa bersama komuniti warga emas dimana saya dapat membantu mereka dan mengisi masa lapang mereka. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang memberi pengajaran moral terhadap saya.
Phooi Ni
Dalam rumah kebajikan itu, saya berasa sedih apabila mengetahui keadaan orang tua dan orang kurang upaya di sana. Saya cuba lakukan yang terbaik untuk menggembirakan mereka. Kami berteman mereka sepanjang masa itu. Kami berbual-bual dengan mereka dan menyanyi kepada mereka. Saya harap mereka boleh hidup dengan gembira dan sihat.